Sunday, December 27, 2009

~Tahun baru, rumah baru~

Dah nak masuk tahun baru, pesta pulau pinang pon dah nak abih dah.. Bulan Disember nie bnyak pulak cutinya.. Kerja pon bnyak jugakk.. Alhamdulillah.. tahun depan aku akan pindah ke rumah baru @ Bukit Jambul.. Rumah ni?.. Bagi sewa kot..

p/s: sekadar gambar hiasan!

Kitchen kabinet dah siap + Cooker hood & hob, pastu sekarang tengah tunggu masa untuk cat dinding plak, kami telah pilih utk menggunakan cat dari jenama Mr. Paint Man (www.mrpaintman.com.my).. Sebelum ni kami guna jenama Sancora, so kali ni nak cuba jenama ni pulak. Kami pilih warna Pearl Shine Wedgewood S12636 (warna milo ais susu lebih) untuk hall & Pearl Shine Ocean Delight S11561 untuk bilik tidur (warna lebih kurang macam jersi Argentina).

So, sama-samalah kita tunggu hasilnya. Kalau aku tak lupa, aku upload picturenya nanti. Bye...

Wednesday, November 18, 2009

Good Luck!

Good luck pada semua calon yang mengambil SPM pada hari ini, teruskan usaha anda!

Tuesday, November 17, 2009

Jemputan dari Permaisuri & Raja

Helo, helo.. seperti yang kita sedia maklum, hujung tahun macam ni ramai yang nak melangsungkan majlis perkahwinan, slalunya yang pertama laa.. kalau yang kedua (tambah isteri bagi lelaki, sure tak buat kad jemputan & majlis besaq2, melainkan bini 1st dia bagi dia kahwin lain, ha ha ha.. :D).

So, aku n family dengan rasminya telah dijemput oleh Permaisuri & Raja sehari ni pada 5 Dis 09 = hari Sabtu. Nama Permaisuri ni, Tuanku Permaisuri Niza Abdul Malik dari Negeri Merak Kayangan Tujuh, yang bakal disatukan dengan Raja Afizi Ahmad dari Negeri Garuda Mangkubumi. Kalau hang pa tak caya, cuba, try Google nama negeri tersebut.

Jadi, disini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahgia bersama selamanya kepada Permaisuri & Raja sehari nih. Pada masa yang sama, tolonglaa... jaga kesihatan & keselamatan... Jangan dok bawa keta laju-laju(sila rujuk harian Metro 13 Dis 09/ Jumaat), dapatkan rehat yang cukup.. Planning betul-betul jangan sampai exhausted di hari bahgia nanti.. Nanti muka tak ceria..So, please.. please.. please kamu jangan nakal. :P

Pada sapa-sapa yang nak jemput aku, sila jemput awal-awal kerana stok sampul kenduri aku adalah terhad, diulangi.. TERHAD! Tapi ruang abdomen aku senantiasa ada untuk lauk-pauk yang sedap-sedap tuh.. he he he :D Thanx again to Niza for invitation.. :)

Monday, November 9, 2009

Mancing di Istana Kedah

Yeeaaa.. mancing lagik.. kali ni kat Istana Kedah pulak, tapi depa ada tanya, Istana Kedah kat Anak Bukit tuh mana ada pantai, No.. no..no.. bukan yang tuh.. Tapi kat Penang nih, alaa.. kat sebelah Open University tuh.. waktu mancing, tengah malam hitam pekat, nasib baik ada bulan terang benderang..

Tangkapan pertama malam tuh... Ketuka..

En jamal Patongko sedang tunjuk cara-cara nak buat perambut dengan betul..

Inilah kawan aku MR Vista yang obses mancing & tangkap gambaq, che din Brasco tak dapat nak join pada malam tuh kerana lampu spotlight di TESCO Jelutong tak mau padam, walaupun selepas dipotong bekalan kuasa..

Yang nilah satu-satunya mesin yang aku ada, aku beli sebab tak tahan dengan sindiran pedas Mr Vista & Okuma.. Kata depa "Woi hang ni bila nak beli rod & mesin sendiri? asal mancing je, nak pinjam! Tak ada semangat Kerapu Gertak Sanggul langsung!" so, aku pon beli la.. Daiwa Crossfire, 3 Ballbearing.

Hasil tangkapan pada malam tuh memang tak banyak macam mancing kat tengah laut atau port-port lain yang menarik la.. Mungkin pi tak kena hari kot.. apapon kita cuba lagi lain kali..

P/S: Next plan mancing @ Jalan Abas, Batu Feringghi :D

Sunday, November 8, 2009

Untuk Pn Siva

Haa.. kali ni kami ramai-ramai nak bagi hadiah plak untuk Pn Siva sempena Deepavali.. So Pn Siva, Terimalah...

p/s:Raya Qurban nak mai dah...

Monday, October 12, 2009

Hadiah Hari Raya :D

Dah masuk 23 Syawal dah hari ni.. Tapi masih ada lagi yang ambil kesempatan untuk buat rumah terbuka.. Terima kasih pada yang jemput aku & family.. Macam-macam menu.. Dari Utara sampailah ke Selatan :D.. Janji sedap & FREE!... hehehe..
Dulu raya selalu harapkan duit raya, lani dok risau budget duit raya.. Takut-takut over budget.. Apapun bersedekah dan menggembirakan kanak-kanak kan baik..
Tahun ini tahun kedua aku beraya sebagai penjawat awam.. Apa yang best? CUTI la... hahaha..
Pastu dapat pulak hadiah raya... Haaa... kat bawah nila aku & kawan2 satu unit dapat dari The Generous Pn SIVA.. TQ Pn SIVA.. Memang semangat 1 Malaysia Pn SIVA nih.. Kat bawah nila hadiah dari Pn SIVA untuk kami...
p/s:- Pn SIVA bagi dah hadiah... Cik Gee bila pulak nak bagi.. Raya nak abis dah Cik Gee ooiii.. :P

Wednesday, September 9, 2009

Sibuknya AKU!

waaahhhh sibuknya AKUUU!!! sampai tak sempat nak update Blog nie.. jangan risau kawan-kawan semua.. aku sihat.. hari ni bisnes yang aku share ngan kawan aku mula kat tapak bazar ramadhan + idulfitri kat dewan budaya USM.. ada jual perfume, sleuaq jin notti, kuih raya, polarized sunglasses dan lain-lain lagi.. sila-silalah singgah.. Kami mula hari ni (9 Sept 09) sampai jumaat (11 Sept 09). Waktu perniagaan 9am-5.15pm. P/S:- Insyaallah lepas raya pon bisnes ni akan diteruskan..

Tuesday, July 21, 2009

Raja buah mengamok! (Part 2)

Tiada yang enak melainkan yang free belaka, ha ha ha..

Eemmmm sedapnya.. memang la sedap, aku yang penat dok kupaih..

Banyak lebih ni.. boleh buat bisnes.. he he he..

Wahh.. meriahnya..

Apa yang depa dok tengok ramai-ramai tue..

Ceh! dia ni ghopanya..

Lihatlah.. betapa rakusnya beliau mengupaih duryan tersebut..

Perbincangan mengenai produk kecantikan/kekuatan yang dapat dihasilkan dari kulit duryan..

Dah abis makan mesti kena basuh tangan, lain la kalau makan guna kaki!

Monday, July 13, 2009

Happy Birthday My Hero! (2nd Year)

Haaa.... My Hero dah masuk dua tahun hari ni.. masa ni, 2 tahun lepas Umie kepada my Hero tengah berehat selepas penat bertarung nyawa melahirkan my Hero.. Aku yang ada pada masa yang sama dalam labour room tuh.. rasa macam-macam.. sampai nurse kat situ pun tanya, Encik ok ka? aku jawab ok! ok! jer :P .. Baru aku tau betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar IBU! So.. kepada my Hero Ayah & Umie doakan agar menjadi seorang anak yang soleh.. Amin..

Wednesday, June 24, 2009

Raja buah mengamok! (Part 1)

Detik-detik awal ketibaan raja buah dan kengkawan..

Senyum la ampa semua, makan jangan tak makan... saat-saat meriah sebelum hujan turun :p

Mai sini... cek nak ajaq cara-cara nak kupaih duryan...

Jom lari!!!! Hujan nak turun...

MKMT: Kita bawa naik kot sini, senang skit..
MRAR: Mana boleh, berat nih...
MFMO: Tak pa, kita cuba dulu..
MAM: Yakin bulih!!!


Pelan-pelan... berat nih... berpeluh ketiak kita... :P

Lambat la hangpa semua nie... Camna nak kerja kat Universiti APEX... hehehe..

Mana buah nie... tak sampai lagi...

Haaa... makan-makan, sedap nih.. Huloq mai pulut tuh..

Eemmm... sedapnya.. kalau letak dalam popia best gak nie..

Tuesday, June 23, 2009

Bebudak yang memonteng?

Depa semua kat atas ni bukan monteng apa pun.. sekadar curi-curi makan durian.. jangan tak tau, pagi-pagi lagi dah makan durian.. alasannya, opis sejuk aircond kuat sangat.. hehehehe..
Apapun terima kasih kepada saudara MSK yang sudi sponsor durian pada pagi tuh.. Yummy :P

Friday, June 5, 2009

Jadual Kuliah @ Penang, Jun 2009

p/s:-klik pada paparan diatas untuk visual yang lebih jelas :D

Assalamualaikum w.b.t , Jom pakat-pakat pi dengaq kuliah.. sekiranya anda mempunyai maklumat yang lebih tepat (mengenai perubahan masa & tempat) harap dapat maklumkan kepada saya.. Sekian, Wasalam..

Kawan aku kata, hang ada masa tengok program hiburan kat TB (tv), hang ada masa main bola, hang ada masa pi jalan-jalan kat Q'bay, hang ada masa bangkit tengok final bola kat TB, hang ada masa pi Jom Heboh, hang ada masa main game sampai pagi, hang ada masa tunggu keta hang siap kat workshop, bagi la sikit kat aku.. Jom bawak aku pi dengaq salah satu kuliah kat ataih(atas).. Kawan aku kata..:D

Wednesday, May 27, 2009

Jumaat, Lepas 5 (LIMA)

Pemandangan yang biasa dilihat + dirasai + ditempuhi oleh semua pemandu yang hendak naik jambatan Pulau Pinang selepas jam 5pm setiap Jumaat pada hujung atau awal bulan..
Lepas kerja-kerja pelebaran & renovate kat jambatan tuh rasanya keadaan ini masih sama atau tak? Sama-samala kita tunggu...

p/s:-mungkin ada baiknya kita ada kenderaan amfibia untuk ketanah besar dari Pulau Pinang :D

Friday, May 15, 2009

YUNA bukan pensil kaler LUNA!

p/s:- jumpa artikel pasal artis nih kat Bharian online, just nak share je, anyway ramai dah kenal artis nih, enjoy her song Dan Sebenarnya + Deeper conversation ;D...

By:Zaidi Mohamad(bharian)

Yuna yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya dapat perhatian penganjur persembahan akustik. PERCUBAAN yang bermula sekadar suka-suka akhirnya menjadi satu penanda aras apabila muzik yang diperjuangkannya sejak dua tahun lalu menjadi perhatian dan serius diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Bermula daripada memuat turun lagu ciptaannya sendiri di dalam laman mencari kenalan popular di Myspace Music, anak tunggal berbakat besar bernama Yuna ini mencipta keajaiban yang cukup tersendiri.
Melalui medium Myspace itu, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai, 22, mula mencipta rangkaian bagi mereka yang gemar berinteraksi secara maya. Tuah tidak hanya berhenti di situ, kehadiran Yuna menarik minat penganjur dan promoter untuk mengundangnya membuat persembahan akustik dan gig.

Dalam sekelip mata, gadis bertudung ini mula mencipta fenomena. Berpaksi kepada pegangan berani dan sentiasa percaya kepada impian, Yuna pantas meledak apabila lagu nyanyiannya berjudul Dan Sebenarnya mula menjadi siulan ramai. Atas desakan rakan juga membuatkan penulis cuba menghubunginya melalui Myspace untuk mendapatkan Yuna dalam sebuah sesi fotografi yang diaturkan minggu lalu.

Malah, menerusi capaian laman web Youtube, suara dan wajah Yuna lantas dikenali dan menjadi sebutan. Selepas lagunya mula berkumandang di stesen Fly FM dan Hot FM, mula ramai yang tertanya-tanya siapakah dirinya di sebalik suara dan imej bertudung yang jarang sekali lahir menerusi cabang indie.

Kalau ada sekalipun, industri seni tempatan merentasi arus perdana pernah melahirkan artis wanita bertudung seperti Waheeda, Bienda dan Salima, sekadar menyebut beberapa nama.
Temu janji sesi fotografi bersamanya akhirnya direalisasikan, itu pun selepas Yuna kembali dari membuat persembahan Mosaic di Singapura dan kebetulan lapang daripada kesibukan jadual kuliahnya.

Pertemuan pertama dengan Hip, Yuna hadir dengan gaya lazimnya yang dilabel sebagai identitinya. Cukup sekadar menyarung jeans potongan ‘skinny’, kasut sukan, jaket dan tudung berwarna-warni, dia ditemani ibu dan rakannya, Paan.

Gitar berwarna putih menjadi peneman kala lensa kamera mula dipetik. Jika dulu, dia hanyalah gadis dan pelajar biasa, tapi kini siapa tahu hanya dengan sedikit magis, dia mula diterima ramai.
“Saya tidak menyangka akhirnya semuanya menjadi begini kerana dulu apa yang saya perjuangkan tidak lebih daripada berkongsi rasa muzik dengan orang lain. Saya mula menulis lirik seawal usia 14 tahun, malah saya akui dulu saya bukannya arif dalam bidang komposisi lagu. Beberapa tahun kemudian, saya bermain gitar, itu pun belajar sendiri. Saya mula merakamkan lagu diiringi gitar dan kemudiannya dimuat turun ke dalam komputer riba.

“Mulanya saya gentar dan wujud pandangan skeptikal, mampukah gadis bertudung yang bergerak secara bebas seperti saya boleh diterima. Macam-macam bermain dalam minda, malahan, saya pernah diejek sewaktu kali pertama membuat persembahan. Dengan imej saya yang sebegini, mungkin ada yang memandang lain macam.

“Saya harus berfikiran positif, lupakan perkara negatif yang mungkin mendorong saya daripada tidak terus berkarya. Saya lakukan ini semua bukan kerana glamor mahupun wang ringgit, ia adalah hobi dan keghairahan saya. Saya juga belum layak untuk berada di arus perdana kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya di awal bicara.

Simpan 30 lagu ciptaan sendiri

SELAIN gitar, Yuna turut berkebolehan bermain piano dan bidang yang diceburinya kini turut mendapat galakan ibu bapa tersayang.

Ungkap Yuna, dia mula bertudung sejak berusia 19 tahun dan mempunyai lebih 30 buah lagu yang dicipta sendiri. Memperjuangkan muzik pop rock, Yuna pernah menghasilkan album EP memuatkan empat lagu berbahasa Inggeris dan sebuah lagu Melayu. Khabarnya juga sudah ada syarikat rakaman tempatan dan luar negara yang mula berhasrat untuk menyunting Yuna.
Album itu dibikin menggunakan modal duit bapanya dan lagu Deeper Conversation menjadi single pertaruhannya. Lagu itu mula dimainkan di Fly FM dan kebetulan Hunny Madu mengenalinya sebagai kawan. Bahkan penyampai radio Fly FM itu yang mula memutarkan lagu itu. Sehingga kini, suaranya mula dikatakan mirip penyanyi Norah Jones dan Colbie Caillat.
“Bukan semua lagu saya berentak perlahan dan melankolik. Mungkin apabila ada yang mendengar lagu Deeper Conversation, mereka mengandaikan suara saya persis penyanyi luar negara. Hakikatnya saya memperjuangkan muzik pop rock dan rata-ratanya lagu yang dihasilkan berkait dengan pengalaman diri sendiri dan cerita kawan.

“Saya tak adalah jiwang sangat, biasa-biasa saja. Tipu kalau saya cakap saya tak pernah mengalami fasa bercinta dan kecewa, pengalaman lumrah itu saya salurkan ke dalam muzik. Album EP saya selalunya dijual sewaktu saya membuat persembahan dan turut dijual di beberapa stor muzik terpilih.

“Alhamdulillah, jualan album EP berjaya dijual sebanyak 2,000 cetakan. Dengan hasil jualan itu, saya sedang merancang untuk membikin album penuh memuatkan sekitar 10 lagu. Dua daripadanya dalam bahasa Melayu, manakala selebihnya dalam bahasa Inggeris.
“Sebahagian daripada keuntungan jualan ini juga saya kembalikan semula kepada bapa saya di atas modal awal yang dilaburkannya,” kata Yuna sambil memberitahu lagu Dan Sebenarnya turut diputarkan di Cats FM dan stesen radio di Melaka.

Mahu jadi peguam

SEJAK kecil, cita-citanya mahu bergelar peguam mengikuti jejak bapanya yang bekerja di syarikat guaman. Dunia nyanyian hanya datang tanpa dipinta dan Yuna mengikuti jejak seperti Allahyarham Sudirman dan pelakon Lisa Surihani yang memilih bidang undang-undang dalam masa yang sama, mengasah bakat sebagai anak seni.
“Saya masih ada keinginan untuk bergelar peguam suatu hari nanti, cuma ketika ini saya ketepikan dan seimbangkan ia dengan nyanyian. Ke depan nanti, saya juga bersedia untuk mencipta lagu kepada mana-mana artis yang ingin menggunakan khidmat saya,” katanya yang berminat menulis lagu untuk projek dokumentari contohnya untuk filem pendek indie berjudul The Value Of My Sanity.

Ditanya mengenai bagaimana dia mampu menghasilkan lagu yang cukup puitis, insan kreatif ini berkata semuanya berlaku tanpa diduga. Katanya, waktu malam selalunya menjadi ruang yang mana cetusan inspirasi terus berkembang.

“Apabila tak dapat lelapkan mata, tiba-tiba akan teringat satu situasi atau bayangan keadaan. Bermula dari satu baris ayat, ia dikembangkan dengan alunan muzik mahupun tanpa melodi. Waktu memandu juga ada kalanya saya tak semena-mena boleh timbul idea mencipta lagu,” katanya mengakhiri perbualan.

Tuesday, April 21, 2009

Namanya...

Salam semua, tentu ada yang tertanya-tanya nama baby comel kat bawah ni...:D Namanya...
NUR IRFAN HAKIMI
p/s: 1)sori, masa buat posting nih... baby ni blum ada nama lagi :P...
           2)Jue, betul ke eja cam ni? klau salah, kasi infom aaa... 

Wednesday, April 8, 2009

TAHNIAH JUE!

Congratulation to jue & family diatas kelahiran baby boy yang comel! pada 3 april 09=12.25am! setelah menanti dengan penuh suspen dan thrill! heh!
inilah gambar baby boy tersebut.. comel kan? so, anak aku dah tambah sorang kawan baru! :D emm.. ikut muka jue atau husbandnya???

jgn ganggu! saye nak tido! mungkin itulah yang baby tu kata masa depa snap picture dia :D anyway.. tahniah sekali lagi dari kami kengkawan kat usm dan semua yang mengenali jue.. Selamat berpantang..:D

Wednesday, March 25, 2009

Cap Ayam

            Pesta pulau pinang 08, aku and family pun pi juga.. orang??? punya la ramai.. vietnam ada, bangladesh ada, myanmar ada, indon?? toksah tanya la.. aku and family pi last day.. coz early of the day x sempat.. tengok org berebut barang promo, heh! bukan main... aku n family??? tak beli apa pun.. actually last minute masa nak balik lalu kat depan satu booth ni.. banyak baju2..  actually t-shirt.. 

Baju pertama, warna oren, size XXL, jangan salah faham.. dia punya XXL bukan Europe punya cutting ok! (Ayat cover nih, walaupun tahap BMI badan aku dah melepasi had yang dibenarkan)Sekarang, tengah cari kat mana boleh dapat baju brand nih.. buatan Malaysia nih! Tak sempat nak tanya brader arituh... Ceh!

Brand Cap Ayam, 100% Cotton, nak apa lagi? Buatan malaysia nih... Sesuai untuk masa memboikot nih.. heh!

Nah, kat depan pun ada logo Cap Ayam, design = ala-ala Darth Vader!

Baju yang selesa....:p

Second t-shirt, hitam itu emas.. sesuai untuk peminat old skool cam aku... hehehehe.. Ada gambar kereta Beetle... Heh!

pandangan belakang!!!

pandangan hadapan!!!

Tuesday, March 24, 2009

Jadual Kuliah Ust. Hj Shamsuri Hj Ahmad April 09'


Salam semua, sekadar nak kongsi & hebah2kan jadual kuliah Ust Hj Shamsuri untuk bulan April 2009.. Jika pengunjung mempunyai info yang lebih terkini, harap dapat maklumkan kepada saya.. Jom kita ramaikan majlis2 ilmu ini.. Insyaallah..
P/S:Sila klik pada paparan untuk visual yang lebih jelas.. 

Tuesday, March 10, 2009

KULIAH @ Penang Mac

Salam semua.. sekadar berkongsi jadual kuliah bulanan Bulan Mac 09'.. jom kita ramaikan majlis-majlis ilmu ini...klik pada paparan untuk visual yang lebih jelas..TQ..

p/s: terima kasih kepada saudara wahab dan rakan-rakan kerana sudi berkongsi jadual diatas :D

Wednesday, March 4, 2009

Al-Fatihah

Isnin, 2 Mac 09 @ 1 am (+/-).. dapat brita ada sahabat yang meninggal.. Al-Fatihah buat saudara Mad Kodri yang dahulunya bertugas di BPSM sebelum ditugaskan bertugas di PPS Komunikasi, Penang.. Doa kami semoga rohnya ditempatkan bersama2 org beriman.. Buat isteri allahyarham.. Tiupan semangat dari sahabat2 yang tidak putus-putus.. Hidup Mesti Terus!

Thursday, February 26, 2009

Perginya seorang Hang Nadim

Hmmm.. dah hampir 10 bulan aku kat tempat kerja baru nih.. secara amnya.. kat sini ajar kita supaya lebih pro aktif.. Aku kenal bos aku pun hampir 10 bulan.. baru nak timba ilmu dari dia.. dah!!! dengaq crita nak kena tukaq ke tempat lain pulakk.. so.. kita tunggu ja la.. sapa yang nak ganti dia..??!!
kat sebelah ni la.. gambaq bos aku yang dikatakan nak tukaq tuh.. rasanya jadi kot tukaq.. lepas nih dah tak ada la bos yang belanja kami makan waktu OT.. to Mr HAH saya mewakili rakan-rakan "nakal" yang lain mengucapkan selamat maju jaya di tempat yang baru..terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang diberi selama ini..mohon maaf diatas salah dan silap & dihalalkan makan minum.. dan kalau ada rezki jadilah bos kami lagi.. beliau seorang yang agresif terhadap kerja, mempunyai idea2 bernas.. mungkin disebabkan itu beliau telah dimohon untuk membantu Jabatan lain.. mungkin pembesar-pembesar kat tempat aku nih nampak dia macam Hang Nadim, tu yang pemergian beliau tidak dikisahkan sangat oleh pembesar-pembesar kat sini.. so pada pembesar-pembesar sini.. jangan hampa kelam kabut nanti sudah.. kami semua kat sini berharap akan dapat bos yang baik juga macam Mr HAH..
jadi tinggallah kami semua ini kesepian dari bebelan seorang bos, kebosanan yang melampau dan macam-macam lagi.. kami ibarat anak kecil yang ditinggalkan.. hahahaha.. hidup aspiranians!