Wednesday, February 4, 2009

Aktiviti Mancing 1/2/09

Pada 1/2/09, pagi jam 8.30am aku & Mr Realvista telah menjalankan projek memancing di Gertak Sanggul, bertolak dari rumah aku jam 8.30am, berhenti pada perhentian pertama di Seven Eleven Batu Maung untuk membeli ais cube dan sedikit minuman.. Perhentian ke2, stesen minyak Kg Binjai untuk isi minyak.. Perhentian ke3, kedai kak Noor jual (Kat corner lepas kg Binjai, sebelum kampung Seronok) peralatan memancing.. Mr Realvista beli pin dan jut kali nih.. Punya banyak perhentian kali nih.. Pas tuh berhenti lagi, kat pasar basah/market Teluk Kumbar untuk beli umpan.. Pastu kami meneruskan perjalanan ke port memancing..

Nah.. kat atas nih sebahagian daripada pemandangan port mancing tuh.. Suasana tenang.. Banyak bot-bot nelayan yang menjalankan aktiviti memukat.. Dan kali nih banyak juga kaki pancing yang hadir.. Biasala hari minggu.. Tapi cuaca kali nih panas terik.. Mungkin di sebabkan oleh musim kemarau kot.. Mr Realvista mendapat tangkapan pertama, kerapu.. Walaupun umpan kerap dimamah ikan, namun hasil kali ini kurang memuaskan.. Tapi kami tetap bersyukur.. Alhamdulillah..
Kat atas nih sebahagian daripada hasil tangkapan kami, kerapu.. anak tanda & ikan duri.. Kami berangkat pulang sekitar jam 5.10pm.. sampai kat rumah aku sekitar jam 6.15pm.. Kami pergi dengan menaiki moto.. So, setakat nih dulu.. kita jumpa lagi lain kali..

3 comments:

Unknown said...

kaki pancing? Bapak saya kaki pancing, saya kaki pancung. ha ha. x tahan nk tunggu lama2, memang kene pupuk sifat sabar lagi ni

Anonymous said...

curious nak tahu
apa u buat ngn hasil tangkapan tu?

goreng? or bakar?
hehehe

sunmelonz said...

ray:hasil tangkapan kali nih bagi kat mak, hehehe.. dah kena tegur.. hasil pancing x penah bagi..:p
helmi: memang kena banyak sabaq nih... heheheh