Wednesday, November 18, 2009

Good Luck!

Good luck pada semua calon yang mengambil SPM pada hari ini, teruskan usaha anda!

Tuesday, November 17, 2009

Jemputan dari Permaisuri & Raja

Helo, helo.. seperti yang kita sedia maklum, hujung tahun macam ni ramai yang nak melangsungkan majlis perkahwinan, slalunya yang pertama laa.. kalau yang kedua (tambah isteri bagi lelaki, sure tak buat kad jemputan & majlis besaq2, melainkan bini 1st dia bagi dia kahwin lain, ha ha ha.. :D).

So, aku n family dengan rasminya telah dijemput oleh Permaisuri & Raja sehari ni pada 5 Dis 09 = hari Sabtu. Nama Permaisuri ni, Tuanku Permaisuri Niza Abdul Malik dari Negeri Merak Kayangan Tujuh, yang bakal disatukan dengan Raja Afizi Ahmad dari Negeri Garuda Mangkubumi. Kalau hang pa tak caya, cuba, try Google nama negeri tersebut.

Jadi, disini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahgia bersama selamanya kepada Permaisuri & Raja sehari nih. Pada masa yang sama, tolonglaa... jaga kesihatan & keselamatan... Jangan dok bawa keta laju-laju(sila rujuk harian Metro 13 Dis 09/ Jumaat), dapatkan rehat yang cukup.. Planning betul-betul jangan sampai exhausted di hari bahgia nanti.. Nanti muka tak ceria..So, please.. please.. please kamu jangan nakal. :P

Pada sapa-sapa yang nak jemput aku, sila jemput awal-awal kerana stok sampul kenduri aku adalah terhad, diulangi.. TERHAD! Tapi ruang abdomen aku senantiasa ada untuk lauk-pauk yang sedap-sedap tuh.. he he he :D Thanx again to Niza for invitation.. :)

Monday, November 9, 2009

Mancing di Istana Kedah

Yeeaaa.. mancing lagik.. kali ni kat Istana Kedah pulak, tapi depa ada tanya, Istana Kedah kat Anak Bukit tuh mana ada pantai, No.. no..no.. bukan yang tuh.. Tapi kat Penang nih, alaa.. kat sebelah Open University tuh.. waktu mancing, tengah malam hitam pekat, nasib baik ada bulan terang benderang..

Tangkapan pertama malam tuh... Ketuka..

En jamal Patongko sedang tunjuk cara-cara nak buat perambut dengan betul..

Inilah kawan aku MR Vista yang obses mancing & tangkap gambaq, che din Brasco tak dapat nak join pada malam tuh kerana lampu spotlight di TESCO Jelutong tak mau padam, walaupun selepas dipotong bekalan kuasa..

Yang nilah satu-satunya mesin yang aku ada, aku beli sebab tak tahan dengan sindiran pedas Mr Vista & Okuma.. Kata depa "Woi hang ni bila nak beli rod & mesin sendiri? asal mancing je, nak pinjam! Tak ada semangat Kerapu Gertak Sanggul langsung!" so, aku pon beli la.. Daiwa Crossfire, 3 Ballbearing.

Hasil tangkapan pada malam tuh memang tak banyak macam mancing kat tengah laut atau port-port lain yang menarik la.. Mungkin pi tak kena hari kot.. apapon kita cuba lagi lain kali..

P/S: Next plan mancing @ Jalan Abas, Batu Feringghi :D

Sunday, November 8, 2009

Untuk Pn Siva

Haa.. kali ni kami ramai-ramai nak bagi hadiah plak untuk Pn Siva sempena Deepavali.. So Pn Siva, Terimalah...

p/s:Raya Qurban nak mai dah...