Friday, March 26, 2010

Earth Hour

Yup! esok adalah tarikh yang ditetapkan oleh Universiti Sains Malaysia untuk kita sama-sama (sebagai warga mahupun bukan warga USM) memberi sokongan terhadap kempen ini. Rata-rata semua sedia maklum mengenai kempen ini. Cuma apa yang hendak disampaikan disini adalah antara perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda buat selama satu jam itu (ketika gelap)('',).
1) Janganlah duduk berdua-duan/berpasangan/bercampur gaul yang bukan muhrim pada waktu gelap ini.
2) Sekiranya anda sedang memandu, jangan pulak tutup lampu kenderaan anda secara tiba-tiba, semata-mata hendak turut serta dalam kempen ini. Nanti tak pasai-pasai ada yang hilang nyawa pulak!
3) Kalau duduk secara beramai-ramai dalam satu-satu premis tuh, contohnya rumah sewa atau hostel, bagi la warning dulu kat member-member lain. Supaya tidak ada yang mengamuk atau terkejut.
Yang lain tuh, hampa pkiaq la sendiri. Kalau hampa nak tau lebih lagi mengenai kempen ni, baca kat sini. Sama-samalah kita menjayakan kempen ini okay! "Memastikan Kelestarian Untuk Hari Esok".