Thursday, January 21, 2010

~Mengecat yang belom abih!

Salam semua.. Kali ni, jom kita pi tengok acara cat mengecat yang belom abih.. Ini fasa pertama, aktiviti ni kami buat waktu weekend ja tu yang tak sempat abih tuh.

father n son
sambil-sambil mengecat tuh, kita layan la radio, hot FM ka, Mutiara FM ka, Sinar FM ka, x kira lah.. janji kita enjoy sambil buat kerja.. Teh 'o' dan biskut satu kemestian, sebab nak ganti balik kalori & tenaga yang hilang masa mengecat. Yang kecil berbaju oren tuh aku punya supervisor.

i'm painting
Luqman sedang menerima kelas mengecat dari Jurutera cat mr. paintman! Heh!

sinki
Ini pulak sinki+kabinet yang telah siap tempoh hari. Aku guna sinki yang single saja, coz bole jimat space.

xabinet
Tadi sinki, ini bahagian kabinet atas+bawah+drawer+cooker hood+hoob. Tak sabaq aku nak masak guna dapoq baru nih.. :D

abs
Kabinet atas yang berkaca ni dibuka macam ni. Yang bertanda anak panah tuh adalah ABS, utk menahan pintu tuh dari tertutup dgn sendiri. Dah banyak orang guna pintu macam ni.

hood n hob
Aku guna hood & hob dari jenama Cornell. Satu pakej daa...

Letih
Luqman letih,selepas seharian penat "membantu"..

Di sebalik kegembiraan aku & family nak pindah kerumah baru ni, teringat/terkenang aku pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik, yang terpaksa berbumbungkan langit, berlantaikan bumi, berselimutkan embun! Tak kurang juga pada anak-anak kecil di negara-negara yang terlibat dengan peperangan dan juga yang dilanda dengan bencana alam seperti Palestin, Haiti(terkini) dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada ketika ini. Sebelum dijemput pulang menghadap NYA untuk dihitung satu persatu...