Wednesday, December 28, 2011

Banjir Johor 1982


Sumber keratan akhbar Utusan Malaysia edisi Selasa 27.12.2011 / 2 Safar 1433.

Thursday, December 22, 2011

Body Mass Index


Ini BMI saya, nak tahu BMI anda? Klik SINI, ianya percuma! Amalkan gaya hidup sihat!

Wang Kertas Baru


Sumber Kosmo.

Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Sila klik SBPA untuk maklumat lanjut.

Sumber : JPA


Monday, December 5, 2011

Banjir Kuala Lumpur 1971


Sumber : Utusan Malaysia Edisi 14.11.2011 Isnin

Monday, November 28, 2011

Awas Buaya Berkeliaran!

Buat rakan-rakan sekampus yang akan ke Bangkok, Thailand pada 5 Disember 2011 ini hati-hati. Baca berita selanjutnya disini = Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, November 22, 2011

Ustaz Azhar Idrus Live In Penang (Gambar)


     Penuh, ramai, mungkin itulah yang dapat saya katakan walaupun cuaca pada malam tersebut sedikit hujan sekitar Pulau Pinang. Apapun saya rugi kerana tidak hadir ke majlis ilmu tersebut. Harap UAI dapat mai lagi ke Penang! Saya petik dari FB salah seorang saudara yang hadir pada malam tersebut :
"Ahad. 8.40 mlm. UAI live at Masjid Negeri P. Pinang. 20,000 jemaah. (Setelah tya dgn AJK Masjid.. BiasaN Masjid ini muat 6k jumaah. Tp mlm ini duduk rapat x dgn kapasiti 6k x 3.1 faktor/saff = 2.1k @ 20,000 jemaah)."
Sumber = SINI

Sunday, November 20, 2011

1970

Al- Fatihah

Sumber :Utusan Malaysia Khamis 17.11.2011

Wednesday, November 9, 2011

Obesiti


2/5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes, 1 daripadanya adalah penulis post ini. Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 2, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Padang USM


Pemandangan biasa selepas hujan lebat di Padang B, USM.

Sumber : Apai 

Friday, September 30, 2011

Naib Canselor USM September 2011

Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Disember 2000 - September 2011 sebagai  Naib Canselor  USM
Profesor Dato' Dr Omar Osman
Naib Canselor USM berkuatkuasa 28 September 2011
BACA BERITA SELANJUTNYA DISINI...

Gambar diambil sekitar Januari 2010
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Yg Bhg Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak , Tahniah & Selamat Bertugas kepada Yg Bhg Profesor Dato' Omar Osman.

Sumber USM

Thursday, September 29, 2011

Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri Oktober 2011


Bersama-sama ini dihebahkan jadual Kuliah Ustaz Shamsuri bagi bulan Oktober 2011. Kuliah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon tidak dapat dipastikan ada atau tidak (Kerja-kerja pengubahsuaian telah siap). Kepada individu yang mempunyai maklumat bolehlah kongsi diruangan komen. Sekian, terima kasih.

Sumber FB.

Monday, September 26, 2011

Premium Rush Trailer


Sukakan aksi? Anda seorang pecinta basikal, jangan ketinggalan untuk saksikan filem ini dipawagam GSC berhampiran anda pada Februari 2012. Bicycle is KING bebeh!

Sumber GSC & Movieweb

Thursday, August 25, 2011

Real Steel Trailer


Yeah, anda suka tinju? Kali ini kita akan saksikan robot-robot bertinju pada tahun 2020 katanya. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman sebagai Charlie Kenton selaku bekas ahli tinju. Akan kepawagam(GSC) pada 13.10.2011. Apa lagi enjoy the trailer dulu guys.

Wednesday, August 24, 2011

Machine Gun Preacher Trailer



Wooohoooo... Minggu ni aku post lagi trailer filem, kali ini yang bertajuk Machine Gun Preacher. Lakonan Gerard Butler sebagai Sam Childers. Filem terakhir lakonan GB yang aku tonton ialah Law Abiding Citizen. Dijangka berada di panggung pada 23.9.2011. Diinspirasikan dari cerita Sam Childers yang membantu mangsa-mangsa konflik peperangan di Sudan. Jika kita ada Tabung Dapur Untuk Darfur, Sam Childers ke Sudan sendiri bagi menghulurkan bantuan pada yang memerlukan.

Monday, August 22, 2011

Ghost Rider : Spirit of Vengeance Trailer


Hi, kali ini Ghost Rider kembali dengan Tajuk "Spirit Of Vengeance" , heronya masih sama, Nicolas Cage sebagai Johnny Blaze. Akan ditayangkan di pawagam-pawagam di Amerika pada 17.2.2012. Pawagam di Malaysia? aku tak dapat info lagi. Enjoy the trailer guys.

Tuesday, August 16, 2011

[UPDATE] Hilang : Ameerah Asha Azizan

Sumber dari Kosmo Online 16.8.2011
[UPDATE: Remaja ini tidak hilang. Maklumat lanjut DISINI.] (sumber : Kosmo Online 18.8.2011)


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini boleh menghubungi Azizan (013-7743477) atau Shahrizad (012-6430432).

Berita Penuh DI SINI. Semoga Encik Azizan sekeluarga terus tabah & diharap agar anak beliau ditemui dengan selamat. 

Wednesday, August 10, 2011

Raya 1977

Sumber dari Utusan Malaysia 10.8.2011
Ini pada tahun 1977, kalau tahun 2011 sesak kat perhentian bas la kot. Kepada semua yang bakal pulang berhari raya dikampung halaman, sila buat persediaan awal seperti hantar servis kenderaan anda, sekiranya menggunakan perkhidmatan awam sila booking tiket awal-awal. Jauhi ulat tiket! Selamat berbuka & bertarawih masuk malam ke 11 Ramadhan 1432.

Monday, June 27, 2011

2 warna.

           Sepasang mata, 2 warna. Masa aku tengah rileks-rileks layan Astro kat rumah adik aku, tetiba Arapaly Gigas sampai, masih dengan uniform kerja. Terus dia pon dok sama layan Astro dengan aku. Pastu ada seekor kucing masuk rumah, Arapaly Gigas ambik kucing tu dan tunjuk kat aku, katanya "Bro, cuba tengok mata kucing ni, sebelah lain, sebelah lain. "Dia pakai kontek lense kot" balas aku selamba. Arapaly Gigas menyambung "ada orang kata kucing yang bermata camni pekak". Entahlah betul atau tak? Fakta atau auta? Tapi lepas buat sedikit ujian, nyata kucing itu tidak pekak! Memandai ja hampa ni, kata kucing tu pekak!

Wednesday, May 25, 2011

Pakcik Sarip The Ais Kacang Man

          Pakcik Sarip suami kepada Pn Zakiah. Berniaga ais kacang dengan kereta roda tiganya dibantu oleh anak-anak beliau. Suka berjenaka. Selain ais kacang, cendol pulut digerai ini juga enak rasanya. Masih mengekalkan lagi penggunaan mesin pengisar ais secara manual ( bukan dari motor elektrik ). Bila dia mula mengisar habis satu gerai rodanya bergoyang bagai dilambung ombak. Bagi yang tinggal berdekatan Bayan Baru Pulau Pinang, cubalah singgah pekena ais kacang atau cendol di gerai ini. Kat bawah ni ada peta lokasi gerai beliau. Gerai beliau terletak berhampiran Stesen Minyak Petronas Bayan Baru.
Gerai Pakcik Sarip terletak dikawasan bertanda merah*
         Sentiasa berpakaian kemas ketika berniaga, t-shirt berkolar dan seluar denim atau slack yang digosok kemas menjadi pilihan Beliau. Beliau merupakan rakan sekerja kepada bapa mertuaku.Aiskacang beserta aiskrim menjadi pilihanku ketika berkunjung ke gerai ini.
Ais Kacang Man in action!

Tuesday, May 24, 2011

Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri Jun 2011

Sila klik pada gambar diatas untuk paparan yg lebih jelas*
Sumber dari SINI.

Tuesday, May 10, 2011

Iklan Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia Mei 2011

Iklan USM 2011 sila klik SINI untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup : 22 Mei 2011

Friday, March 25, 2011

Earth Hour 2011

*Pic from http://dinbrascostudio.wordpress.com
Jom Earth Hour, info lanjut tentang Earth Hour DISINI.

Thursday, March 17, 2011

Masonik

            Ini adalah kedai kepunyaan rakan sekolah menengah(SMKHZA) aku, saudara Dzulkamar Ibrahim kami satu kelas masa Tingkatan 2, kemudian aku tukar kelas di Tingkatan 3, Habis sekolah boleh dikatakan aku lost contact dengan Beliau. Lepas jumpa aku dapat tahu Beliau telah buka satu kedai yang menyediakan perkhidmatan membaiki komputer/laptop dan lain-lain lagi. Siapa kata budak SMK Haji Zainal Abidin tidak boleh berjaya, Beliau dah buktikan! Adik beliau pula buka kedai membaiki motosikal di Flat Nusantara, Jln Makloom dengan nama Masonik juga! Semoga Dzul & adiknya sukses & berjaya selalu. Masonik Zindabar!

Wednesday, March 2, 2011

Bengkel Fotografi DSLR & Teknik Pengimejan Kreatif

         Salam semua di bawah adalah info mengenai Bengkel tersebut, sila klik pada gambar utk "ENLARGE". Sekian, terima kasih.
Please click to ENLARGE. 
Please click to ENLARGE.
Please click to ENLARGE.
(*BORANG) Please click to ENLARGE.

Tuesday, March 1, 2011

Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri Mac 2011

Click to ENLARGE
         Assalamualaikum w.b.t, hebahan jadual kuliah Ustaz Shamsuri bagi bulan Mac 2011. Sekiranya tuan-tuan ada maklumat yang terkini, harap dapat kongsi disini dengan meninggalkan catatan di ruangan komen. Sekian, terima kasih. Selamat menghadiri kuliah.

Sunday, February 20, 2011

Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) – Drive Angry [i got it]

      
      Received email from Nuffnang on 18.2.2011 that they had reserved 2 (two) ticket of this movie for me, yabedabeduuu... hehehe.. TQ Nuffnang. My entry for  "suka-suka" has given me chances to watch this movie in 3D i believe at TGV 1st Avenue, Penang. 
Attendance confirmation, DONE! ;) 
Again, terima kasih, kam sia, romber nandre & thank you, Nuffnang! And again "I don’t Drive Angry but I want to watch Nicholas Cage Drive Angry because he is one awesome angry driver i ever watch in Gone in 60 Second & Ghost Rider! Hail Nicholas Cage!" :D See u guys there! 


p/s: Hope more event will be held in Penang by Nuffnang in future.

Saturday, February 12, 2011

Ayah & Anak

*sekadar gambar hiasan discan dari akhbar sisipan UM Rabu 9.2.2011
                                "Tiga... lapar dan dahaga
                  Rela berpayahan setianya ayah..." 
        "Ayah menghantar ke sekolah
                Bergunalah ilmu bila dewasa.."
Itu  antara bait-bait indah lagu yang dinyanyikan oleh Aris AriwatanHargailah pengorbanan Ayah kita, berbaktilah kepada Beliau ketika beliau masih ada. 

P/S: Moga aku menjadi seorang Ayah yang dituntut Islam.

Lirik penuh DISINI. 

Thursday, February 10, 2011

Klinik 1 Malaysia Jelutong Penang

          Salam semua, pernah pi klinik 1 Malaysia tak? Aku mula-mula dulu tak tau langsung kat mana terletaknya Klinik 1 Malaysia nih terutamanya kat area-area Penang Island. Salah satu cawangan kat Jelutong ni pon aku tau secara tak sengaja apabila aku lalu kat kawasan tu.

Klinik 1 Malaysia, Jelutong, P. Pinang
Perkhidmatan yang disediakan disini hanya untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam biasa, selsema biasa & seumpama dengannya. Ambil perhatian! Sijil Cuti Sakit aka MC tidak dikeluarkan disini. Seperti yang tertera dibawah:-

Waktu operasi klinik ini dari 10am-10pm setiap hari. Cuma bagi cawangan di Jelutong ni parking area agak terhad, amat sesuai datang dengan motosikal, kalau hujan, datanglah dengan kereta yang agak kecil bagi memudahkan anda meletak kereta anda dikawasan ini.

Bagi anda yang tak tau kat mana klinik ni, bolehlah jadikan peta dibawah sebagai pedoman, Klinik berada di kawasan petak bertanda merah:-
Click to ENLARGE.

Tuesday, February 8, 2011

SAMBUTAN HARI VALENTINE SESAT by Dr Danial Zainal Abidin

Kasih dan cinta adalah suatu fitrah yang suci tetapi tanpa panduan syariat manusia boleh menjadi punah dan keji.

  The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.

Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.  

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Sunday, February 6, 2011

Jadual Kuliah Ustaz Shamsuri Feb 2011

Assalamualaikum w.b.t , diatas adalah jadual Kuliah Ustaz Shamsuri bagi bulan Februari 2011. Insyaallah. Diperolehi dari SINI. Terima kasih kepada saudara Isma Azha Ismail.

Saturday, February 5, 2011

Bowling

       Baru-baru ni tempat kerja aku ada buat perlawanan bowling persahabatan diantara Jab Pendaftar Penang VS Jab Pendaftar Kelantan, manakala tiada wakil daripada Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal). Setiap pasukan ada 4 pemain, satu pasukan 2 pusingan. Yuran penyertaan 1 pasukan = RM40.00
        Macam biasa la, group aku terdiri daripada rokie-rokie yang baru nak kenal istilah STRIKE & SPARE, Hanya KHIR yang kerap main bowling. Kesimpulannya tempat pertama dimenangi oleh Group yang memperolehi sebanyak 1K++ point. Group aku punya total point kat bawah :-
1st Round

2nd Round
Rasanya ok kot markah aku & kawan-kawan kumpul bagi bebudak baru macam kami!   
  
     Lokasi bowling ni terletak di Pasaraya Sunshine Bayan Baru, satu lagi Pusat Bowling yang berhampiran terletak di Kompleks Bukit Jambul.
Sunshine Bayan Baru Maps. Please click to ENLARGE.


The Bowling Area

Friday, February 4, 2011

Jom Join Churpchurp


     Lani dah masuk bulan 2 (Feb) 2011, nak jana income pasif tak? Kalau ikut slogan aku bunyinya macam ni "KITA BUAT GHAMAI!!! DEPA BAYARRR!!!" Nak join? Klik DI SINI. Maklumat lanjut kat SINI & SANA.

Wednesday, February 2, 2011

Drive Angry : Nicholas Cage


Nicholas Cage kembali lagi bersama filem terbaru Drive Angry. Sinopsis DI SINI. Jika anda Nuffnanger klik SINI untuk menyertai peraduan, 75 pasang tiket untuk diberikan di TGV 1st Aveneu PENANG! Mai Jangan Tak Mai!

Monday, January 31, 2011

Lorong Kulit : Kasut

Pic by penang-traveltips
    Lorong Kulit (aka Road Walk/Rope Walk), bagi warga Pulau Pinang pastinya nama tempat ini tidak asing bagi anda semua, sekitar tahun 80an ianya juga dikenali sebagai Padang Tambun rasanya (betulkan aku jika salah). Di LK (Lorong Kulit) pelbagai barangan dapat diperolehi terutamanya "rare item" ataupun koleksi antik.
    Melalui proses perubahan masa & zaman, kini di LK anda boleh jumpa gerai-gerai yang menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional sehinggalah ke perkhidmatan membaiki alatan elektronik seperti telefon bimbit. Sekiranya anda hendak ke LK, cari jalan ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang pasti anda akan sampai ke LK.
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

     Penghujung bulan Januari 2011, aku berkesempatan berkunjung ke LK, masih ramai lagi peniaga-peniaga otai yang terdapat disitu, terdapat juga peniaga-peniaga baru, Masa pusing-pusing kat situ jumpa satu gerai uncle yang jual peralatan basikal dan juga basikal 2nd hand. Harga ok jugak! Disebabkan aku tak plan nak beli basikal kat situ, maka tak jadila beli ngan uncle tuh. Don't worry uncle, next time mesti saya pi cari uncle balik. Heh!
     Sekiranya anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke LK, sekian, kita jumpa lagi dimasa-masa akan datang dengan tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang, Mai Jangan Tak Mai! ;D 
      
Barangan yang dibeli pada hari itu adalah :
  • Bogo Visor Pelangi : RM15
  • Stokin 3 Pasang      : RM5
  • Seluar Panjang Kanak-kanak : RM7 ( Di Long Wan Sg Petani lagi murah, Huh!)
  • Kasut Aku : RM30
Kasut Aku!