Sunday, January 23, 2011

Hang Tukul VS Hang Cangkul

            Salam semua, dulu aku ada planning nak tanam sayur kat belakang rumah ibubapa mertua aku. Aku berjaya buat satu batas sahaja. Sekarang tengok la dah jadi apa!

           2 Reban ayam dah naik & menenggelamkan batas tanaman sayur aku. Hehehe... bela ayam pon ok apa, daripada tanah sekangkang kera tu terbiar dipenuhi semak samun!
          Bahan binaan untuk reban ni kebanyakannya daripada bahan-bahan terpakai, terutamanya tiang-tiang kayu & papan diambil di tapak-tapak pembinaan. Pergi saja kemana-mana tapak binaan & tanya sekiranya ada kayu atau papan pallet yang mahu dibuang atau tidak lagi digunakan. Mereka boleh bagi, apa yang anda perlu lakukan hanya minta kebenaran mereka dahulu. Dan ini juga salah satu usaha kami dalam Reuse, Reduce & Recycle. Cuma paku dan dawai mata punai sahaja yang perlu dibeli. Harga mata punai; 1 kaki= RM1, tapi aku beli 1 gulung = 80kaki = RM52, sementara paku pelbagai saiz kira-kira RM20, itupun masih banyak yang lebih.
Kayu Terpakai
       Gambar kat atas nih masa projek binaan still under construction, yang kecil tuh OC officer, mungkin beliau tengah meneliti samaada kayu yang digunakan still selamat & tidak reput.

                      Yang nih kira dah siap 98% cuma kena siapkan pintu saja.

Obi Wan Ryobi
     Alatan kat atas nih banyak membantu dalam proses pembinaan reban nih. Aku pinjam dengan adik aku, MR. Jamal. Terima kasih MR. Jamal! kalau tak ada mesin nih penat jugaklah dok gergaji kayu.
       Buat masa sekarang semua ayam dah selamat masuk dan menginap kat reban nih. Alhamdulillah kerana tiada tanda-tanda serangan dari haiwan pemangsa kepada si ayam nih. Cuma sekarang penyakit hawar yang menyerang ayam mula merebak. Bagi mereka yang ingin mendapatkan vaksin bagi penyakit ini boleh dapatkannya dari Pejabat Veterinar Pulau Pinang di Jln Gudwara, pada setiap hari Rabu sahaja. Bagi pembaca yang ada idea & juga petua-petua lain harap dapat kongsi disini.
Pejabat Veterinar P. Pinang daerah Timur Laut, Jln Gudwara.
      Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat dalam projek pembinaan reban ayam ini. Terutamanya kedua ibubapa mertuaku, isteriku, ipar-iparku, adik-adikku, biras-birasku, anak-anak saudaraku, tokey-tokey construction yang bermurah hati bagi kayu-kayan & semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. sekian, terima kasih.

No comments: