Wednesday, November 13, 2013

Luqman Doodle

Luqman suka melukis & mewarna. Ini salah satu daripada hasil kerja dia. Saja nak simpan buat kenangan. Luqman Hamiki? Hmmmm... Macam-macam.. (Senyum)

Wednesday, October 30, 2013

Puan Aisyah

Selamat Maju Jaya Puan Aisyah,


Mana satu Puan Aisyah?

Gambar dibawah mungkin membantu.

Tuesday, October 29, 2013

Monday, October 28, 2013

Lebuh Cannon - Penang

Arca yang terletak berhampiran mural budak ambil limau. Gambar diambil ketika dalam perjalanan mahu menunaikan solat Jumaat minggu lepas.

Selesai solat kami singgah sebentar Mee Pata di Padang Kota Lama. Gandingan Mee Goreng Sotong & Coconut Shake memberi kesan mengantuk yang melampau.

Thursday, October 24, 2013

Ngeri - Gina Yap Lai Yoong

Gambar diimbas guna HP Laserjet 1005 MFP
Boleh dibeli di Buku Fixi.

Boleh baca bab awal DI SINI


Monday, October 14, 2013

Aslan

Umur 5 Bulan Jun 2013
Budak jantan gemuk yang suka makan dan tidur.
Tak suka bila orang nak berus bulunya.
Suka buli adik-adik kecil yang lain.

Friday, August 23, 2013

Wednesday, August 7, 2013

Raya 2013

Selamat Hari Raya Idulfitri 2013.

Bagi yang memandu, berhati-hati ketika memandu. Rancang perjalanan anda. Kalau letih/mengantuk jangan dok gagah nak bawa kereta. Berhenti rehat di kawasan yang disediakan.

Pastikan keselamatan ahli keluarga & harta benda anda. Jangan lupa isi borang balik kampung. KLIK SINI untuk muat turun borang tersebut.

Pastikan juga haiwan peliharaan anda diberi makanan yang cukup. Kalau risau, bawa balik kampung sekali. Depa pon nak beraya jugak.

Akhir kata, Esok lusa nak pi ziarah, Jangan lupa zakat fitrah.



Tuesday, May 14, 2013

Pesanan Bank Negara Malaysia

Mau dok jaga, jangan cepat gabra,
Asai dapat call kata menang harta,
Mula la kita lupa semua!

Thursday, May 2, 2013

Affandi

Tanggal 6 April 2013, adik bongsu kami terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kini lebih kurang 27 hari beliau berada di Hospital Besar Pulau Pinang (GH). 24 hari di ICU dan kini berada di Wad biasa.

Akibat daripada kemalangan ini, beliau kehilangan kedua-dua belah kaki. Kaki kanan dibawah  paras lutut, manakala kaki kiri dari paras atas lutut.

Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan yang dimasukkan melalui lehernya. Beliau berada dalam keadaan sedar buat masa ini. Harapan kami (keluarga + sahabat) semoga beliau cepat sembuh.

Mohon doa dari pembaca sekalian agar beliau cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan. Terima kasih.

Monday, April 29, 2013

SPR 1986

Sumber Utusan Malaysia.

Wednesday, April 24, 2013

Saya Mengundi di Jepun

Saya mengundi di Sekolah Jepun Pulau Pinang, anda dimana? Semakan boleh dibuat di SPR.