Tuesday, July 27, 2010

Luqman 3rd Birthday

Sudah 3tahun 2minggu berlalu, tapi ingatan aku kat labour room Hospital Bersalin Pulau Pinang masih segar dalam ingatan, peristiwa yang benar-benar mengubah hidup aku, Yeaaahhh aku sudah bergelar bapa, ayah, abi, abah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tahun nih my Hero dah masuk tahun yang ke-3, makin pandai, makin ligat, makin buas, makin curios, makin bertenaga, makin macam-macam lagi. So masa birthday my Hero nih, Tokmak dia ada masak sikit-sikit, kiranya macam kenduri mini cam tuh, aku & wife decide beli kek yang ada gambar bumbelbee kat atas kek tuh.
Menu of the day.
menu petang tuh.. bihun goreng, nasi impit, agar-agar, air sirap & kek! yummy! :)
Tak sabar nak potong kek!
Yeah that's him @ 3 years old :)
Yup, aku gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah ini, tapi bila flashback balik berita-berita kat dada akhbar pasal kes pembuangan bayi dan penderaan terhadap anak-anak. Tiba-tiba aku rasa marah, geram, kecewa, sedih. Aku berazam akan jaga amanah yang diberikan kepada aku dan isteri ini sebaik mungkin. Luqman may Allah bless u my son! :)

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

happy belated besday to luqman.. tak jemput auntie pun luqman.. hehehe.. amer.. luqman dh 3 thn, boleh la luqman nk dpt adik..heheheheh

$uNmeloN said...

thanks jue... sori x jemput coz buat kecik2 je... nanti ada bajet lebih kami panggil k.. dpt adik yee... :P

Nurul Aznil said...

Salam,

HEPI BEFDAY LUQMAN...
moga membesar menjadi anak yang senantiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu dan family semua... amin~

3 tahun dah ye? sebaya Ewan :D
nicey~

$uNmeloN said...

tq kak aznil... moga2 dimakbulkan doa tersebut, amin... :)

a'a sebaya Ewan :D