Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Friday, October 24, 2014
Friday, August 15, 2014
Predator Marah
Isteri & anak selalu kata yang muka saya macam predator bila marah atau lapar. Saya dok perati, tapi tak nampak pon tang mana. Musykil jugak?!
Sumber foto : Nebezial Devianart
Sumber foto : Nebezial Devianart
Monday, July 21, 2014
Wednesday, November 13, 2013
Monday, October 14, 2013
Friday, August 23, 2013
Thursday, May 2, 2013
Affandi
Tanggal 6 April 2013, adik bongsu kami terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kini lebih kurang 27 hari beliau berada di Hospital Besar Pulau Pinang (GH). 24 hari di ICU dan kini berada di Wad biasa.
Akibat daripada kemalangan ini, beliau kehilangan kedua-dua belah kaki. Kaki kanan dibawah paras lutut, manakala kaki kiri dari paras atas lutut.
Beliau kini menggunakan alat bantuan pernafasan yang dimasukkan melalui lehernya. Beliau berada dalam keadaan sedar buat masa ini. Harapan kami (keluarga + sahabat) semoga beliau cepat sembuh.
Mohon doa dari pembaca sekalian agar beliau cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan. Terima kasih.

Friday, February 17, 2012
Saturday, February 12, 2011
Ayah & Anak
![]() |
| *sekadar gambar hiasan discan dari akhbar sisipan UM Rabu 9.2.2011 |
Rela berpayahan setianya ayah..."
"Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa.."Itu antara bait-bait indah lagu yang dinyanyikan oleh Aris Ariwatan. Hargailah pengorbanan Ayah kita, berbaktilah kepada Beliau ketika beliau masih ada.
P/S: Moga aku menjadi seorang Ayah yang dituntut Islam.
Lirik penuh DISINI.
Sunday, January 23, 2011
Hang Tukul VS Hang Cangkul
Salam semua, dulu aku ada planning nak tanam sayur kat belakang rumah ibubapa mertua aku. Aku berjaya buat satu batas sahaja. Sekarang tengok la dah jadi apa!
2 Reban ayam dah naik & menenggelamkan batas tanaman sayur aku. Hehehe... bela ayam pon ok apa, daripada tanah sekangkang kera tu terbiar dipenuhi semak samun!
Bahan binaan untuk reban ni kebanyakannya daripada bahan-bahan terpakai, terutamanya tiang-tiang kayu & papan diambil di tapak-tapak pembinaan. Pergi saja kemana-mana tapak binaan & tanya sekiranya ada kayu atau papan pallet yang mahu dibuang atau tidak lagi digunakan. Mereka boleh bagi, apa yang anda perlu lakukan hanya minta kebenaran mereka dahulu. Dan ini juga salah satu usaha kami dalam Reuse, Reduce & Recycle. Cuma paku dan dawai mata punai sahaja yang perlu dibeli. Harga mata punai; 1 kaki= RM1, tapi aku beli 1 gulung = 80kaki = RM52, sementara paku pelbagai saiz kira-kira RM20, itupun masih banyak yang lebih.
![]() |
| Kayu Terpakai |
Gambar kat atas nih masa projek binaan still under construction, yang kecil tuh OC officer, mungkin beliau tengah meneliti samaada kayu yang digunakan still selamat & tidak reput.
Yang nih kira dah siap 98% cuma kena siapkan pintu saja.
![]() |
| Obi Wan Ryobi |
Alatan kat atas nih banyak membantu dalam proses pembinaan reban nih. Aku pinjam dengan adik aku, MR. Jamal. Terima kasih MR. Jamal! kalau tak ada mesin nih penat jugaklah dok gergaji kayu.
Buat masa sekarang semua ayam dah selamat masuk dan menginap kat reban nih. Alhamdulillah kerana tiada tanda-tanda serangan dari haiwan pemangsa kepada si ayam nih. Cuma sekarang penyakit hawar yang menyerang ayam mula merebak. Bagi mereka yang ingin mendapatkan vaksin bagi penyakit ini boleh dapatkannya dari Pejabat Veterinar Pulau Pinang di Jln Gudwara, pada setiap hari Rabu sahaja. Bagi pembaca yang ada idea & juga petua-petua lain harap dapat kongsi disini.
![]() |
| Pejabat Veterinar P. Pinang daerah Timur Laut, Jln Gudwara. |
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat dalam projek pembinaan reban ayam ini. Terutamanya kedua ibubapa mertuaku, isteriku, ipar-iparku, adik-adikku, biras-birasku, anak-anak saudaraku, tokey-tokey construction yang bermurah hati bagi kayu-kayan & semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. sekian, terima kasih.
Wednesday, September 15, 2010
Planning
Assalamualaikum & salam sejahtera, dicuti raya yang panjang nie aku & family planning untuk berkelah dipantai berhampiran Teluk Bahang. Setakat ini, seramai 10 orang individu telah mengesahkan kehadiran mereka. Selain aktiviti bermain pasir, mandi dan sebagainya aku mengambil kesempatan ni untuk memancing. Memancing sekadar seronok-seronok saja. Mana tau kot-kot boleh dapat ikan semilang 2KG ka :D
Ok, kat atas ni picture ehsan dari en. Google, Garisan warna hijau tuh kawasan pantai yg dirancang untuk berkelah, bulatan warna oren tuh kawasan meletak kenderaan. bulatan bujur warna biru pula Hotel Mutiara Beach Resort yang belum siap-siap direnovate. Sekiranya anda datang dari Jambatan Pulau Pinang, kat bawah ni laluan yg dicadang oleh En Google Maps kepada anda, masa perjalanan dengan menaiki kereta sekitar 45min (Bergantung kepada trafik lancar ataupun tidak). Sekiranya anda sesat di Pulau Pinang, jangan risau. Anda tidak akan sesat hingga ke sempadan Siam ataupun Laut China Selatan. Ringankan mulut untuk bertanya, dan tanyalah baik-baik :)
![]() |
| Route to Pantai Teluk Bahang |
![]() |
| Jadual pasang surut air |
![]() |
| Cuaca baeekkk :) |
Tuesday, July 27, 2010
Luqman 3rd Birthday
Sudah 3tahun 2minggu berlalu, tapi ingatan aku kat labour room Hospital Bersalin Pulau Pinang masih segar dalam ingatan, peristiwa yang benar-benar mengubah hidup aku, Yeaaahhh aku sudah bergelar bapa, ayah, abi, abah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tahun nih my Hero dah masuk tahun yang ke-3, makin pandai, makin ligat, makin buas, makin curios, makin bertenaga, makin macam-macam lagi. So masa birthday my Hero nih, Tokmak dia ada masak sikit-sikit, kiranya macam kenduri mini cam tuh, aku & wife decide beli kek yang ada gambar bumbelbee kat atas kek tuh.
Menu of the day. menu petang tuh.. bihun goreng, nasi impit, agar-agar, air sirap & kek! yummy! :) |
| Tak sabar nak potong kek! |
| Yeah that's him @ 3 years old :) |
Yup, aku gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah ini, tapi bila flashback balik berita-berita kat dada akhbar pasal kes pembuangan bayi dan penderaan terhadap anak-anak. Tiba-tiba aku rasa marah, geram, kecewa, sedih. Aku berazam akan jaga amanah yang diberikan kepada aku dan isteri ini sebaik mungkin. Luqman may Allah bless u my son! :)
Thursday, January 21, 2010
~Mengecat yang belom abih!
Salam semua.. Kali ni, jom kita pi tengok acara cat mengecat yang belom abih.. Ini fasa pertama, aktiviti ni kami buat waktu weekend ja tu yang tak sempat abih tuh.

sambil-sambil mengecat tuh, kita layan la radio, hot FM ka, Mutiara FM ka, Sinar FM ka, x kira lah.. janji kita enjoy sambil buat kerja.. Teh 'o' dan biskut satu kemestian, sebab nak ganti balik kalori & tenaga yang hilang masa mengecat. Yang kecil berbaju oren tuh aku punya supervisor.

Luqman sedang menerima kelas mengecat dari Jurutera cat mr. paintman! Heh!

Ini pulak sinki+kabinet yang telah siap tempoh hari. Aku guna sinki yang single saja, coz bole jimat space.

Tadi sinki, ini bahagian kabinet atas+bawah+drawer+cooker hood+hoob. Tak sabaq aku nak masak guna dapoq baru nih.. :D

Kabinet atas yang berkaca ni dibuka macam ni. Yang bertanda anak panah tuh adalah ABS, utk menahan pintu tuh dari tertutup dgn sendiri. Dah banyak orang guna pintu macam ni.

Aku guna hood & hob dari jenama Cornell. Satu pakej daa...

Luqman letih,selepas seharian penat "membantu"..
Di sebalik kegembiraan aku & family nak pindah kerumah baru ni, teringat/terkenang aku pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik, yang terpaksa berbumbungkan langit, berlantaikan bumi, berselimutkan embun! Tak kurang juga pada anak-anak kecil di negara-negara yang terlibat dengan peperangan dan juga yang dilanda dengan bencana alam seperti Palestin, Haiti(terkini) dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada ketika ini. Sebelum dijemput pulang menghadap NYA untuk dihitung satu persatu...

Sunday, December 27, 2009
~Tahun baru, rumah baru~
Dah nak masuk tahun baru, pesta pulau pinang pon dah nak abih dah.. Bulan Disember nie bnyak pulak cutinya.. Kerja pon bnyak jugakk.. Alhamdulillah.. tahun depan aku akan pindah ke rumah baru @ Bukit Jambul.. Rumah ni?.. Bagi sewa kot..
p/s: sekadar gambar hiasan!
Kitchen kabinet dah siap + Cooker hood & hob, pastu sekarang tengah tunggu masa untuk cat dinding plak, kami telah pilih utk menggunakan cat dari jenama Mr. Paint Man (www.mrpaintman.com.my).. Sebelum ni kami guna jenama Sancora, so kali ni nak cuba jenama ni pulak. Kami pilih warna Pearl Shine Wedgewood S12636 (warna milo ais susu lebih) untuk hall & Pearl Shine Ocean Delight S11561 untuk bilik tidur (warna lebih kurang macam jersi Argentina).

So, sama-samalah kita tunggu hasilnya. Kalau aku tak lupa, aku upload picturenya nanti. Bye...
p/s: sekadar gambar hiasan!Kitchen kabinet dah siap + Cooker hood & hob, pastu sekarang tengah tunggu masa untuk cat dinding plak, kami telah pilih utk menggunakan cat dari jenama Mr. Paint Man (www.mrpaintman.com.my).. Sebelum ni kami guna jenama Sancora, so kali ni nak cuba jenama ni pulak. Kami pilih warna Pearl Shine Wedgewood S12636 (warna milo ais susu lebih) untuk hall & Pearl Shine Ocean Delight S11561 untuk bilik tidur (warna lebih kurang macam jersi Argentina).

So, sama-samalah kita tunggu hasilnya. Kalau aku tak lupa, aku upload picturenya nanti. Bye...
Monday, July 13, 2009
Happy Birthday My Hero! (2nd Year)
Haaa.... My Hero dah masuk dua tahun hari ni.. masa ni, 2 tahun lepas Umie kepada my Hero tengah berehat selepas penat bertarung nyawa melahirkan my Hero.. Aku yang ada pada masa yang sama dalam labour room tuh.. rasa macam-macam.. sampai nurse kat situ pun tanya, Encik ok ka? aku jawab ok! ok! jer :P .. Baru aku tau betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar IBU! So.. kepada my Hero Ayah & Umie doakan agar menjadi seorang anak yang soleh.. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)