Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Luqman 3rd Birthday

Sudah 3tahun 2minggu berlalu, tapi ingatan aku kat labour room Hospital Bersalin Pulau Pinang masih segar dalam ingatan, peristiwa yang benar-benar mengubah hidup aku, Yeaaahhh aku sudah bergelar bapa, ayah, abi, abah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tahun nih my Hero dah masuk tahun yang ke-3, makin pandai, makin ligat, makin buas, makin curios, makin bertenaga, makin macam-macam lagi. So masa birthday my Hero nih, Tokmak dia ada masak sikit-sikit, kiranya macam kenduri mini cam tuh, aku & wife decide beli kek yang ada gambar bumbelbee kat atas kek tuh.
Menu of the day.
menu petang tuh.. bihun goreng, nasi impit, agar-agar, air sirap & kek! yummy! :)
Tak sabar nak potong kek!
Yeah that's him @ 3 years old :)
Yup, aku gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah ini, tapi bila flashback balik berita-berita kat dada akhbar pasal kes pembuangan bayi dan penderaan terhadap anak-anak. Tiba-tiba aku rasa marah, geram, kecewa, sedih. Aku berazam akan jaga amanah yang diberikan kepada aku dan isteri ini sebaik mungkin. Luqman may Allah bless u my son! :)

Tuesday, November 17, 2009

Jemputan dari Permaisuri & Raja

Helo, helo.. seperti yang kita sedia maklum, hujung tahun macam ni ramai yang nak melangsungkan majlis perkahwinan, slalunya yang pertama laa.. kalau yang kedua (tambah isteri bagi lelaki, sure tak buat kad jemputan & majlis besaq2, melainkan bini 1st dia bagi dia kahwin lain, ha ha ha.. :D).

So, aku n family dengan rasminya telah dijemput oleh Permaisuri & Raja sehari ni pada 5 Dis 09 = hari Sabtu. Nama Permaisuri ni, Tuanku Permaisuri Niza Abdul Malik dari Negeri Merak Kayangan Tujuh, yang bakal disatukan dengan Raja Afizi Ahmad dari Negeri Garuda Mangkubumi. Kalau hang pa tak caya, cuba, try Google nama negeri tersebut.

Jadi, disini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahgia bersama selamanya kepada Permaisuri & Raja sehari nih. Pada masa yang sama, tolonglaa... jaga kesihatan & keselamatan... Jangan dok bawa keta laju-laju(sila rujuk harian Metro 13 Dis 09/ Jumaat), dapatkan rehat yang cukup.. Planning betul-betul jangan sampai exhausted di hari bahgia nanti.. Nanti muka tak ceria..So, please.. please.. please kamu jangan nakal. :P

Pada sapa-sapa yang nak jemput aku, sila jemput awal-awal kerana stok sampul kenduri aku adalah terhad, diulangi.. TERHAD! Tapi ruang abdomen aku senantiasa ada untuk lauk-pauk yang sedap-sedap tuh.. he he he :D Thanx again to Niza for invitation.. :)