Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Hang Tukul VS Hang Cangkul

            Salam semua, dulu aku ada planning nak tanam sayur kat belakang rumah ibubapa mertua aku. Aku berjaya buat satu batas sahaja. Sekarang tengok la dah jadi apa!

           2 Reban ayam dah naik & menenggelamkan batas tanaman sayur aku. Hehehe... bela ayam pon ok apa, daripada tanah sekangkang kera tu terbiar dipenuhi semak samun!
          Bahan binaan untuk reban ni kebanyakannya daripada bahan-bahan terpakai, terutamanya tiang-tiang kayu & papan diambil di tapak-tapak pembinaan. Pergi saja kemana-mana tapak binaan & tanya sekiranya ada kayu atau papan pallet yang mahu dibuang atau tidak lagi digunakan. Mereka boleh bagi, apa yang anda perlu lakukan hanya minta kebenaran mereka dahulu. Dan ini juga salah satu usaha kami dalam Reuse, Reduce & Recycle. Cuma paku dan dawai mata punai sahaja yang perlu dibeli. Harga mata punai; 1 kaki= RM1, tapi aku beli 1 gulung = 80kaki = RM52, sementara paku pelbagai saiz kira-kira RM20, itupun masih banyak yang lebih.
Kayu Terpakai
       Gambar kat atas nih masa projek binaan still under construction, yang kecil tuh OC officer, mungkin beliau tengah meneliti samaada kayu yang digunakan still selamat & tidak reput.

                      Yang nih kira dah siap 98% cuma kena siapkan pintu saja.

Obi Wan Ryobi
     Alatan kat atas nih banyak membantu dalam proses pembinaan reban nih. Aku pinjam dengan adik aku, MR. Jamal. Terima kasih MR. Jamal! kalau tak ada mesin nih penat jugaklah dok gergaji kayu.
       Buat masa sekarang semua ayam dah selamat masuk dan menginap kat reban nih. Alhamdulillah kerana tiada tanda-tanda serangan dari haiwan pemangsa kepada si ayam nih. Cuma sekarang penyakit hawar yang menyerang ayam mula merebak. Bagi mereka yang ingin mendapatkan vaksin bagi penyakit ini boleh dapatkannya dari Pejabat Veterinar Pulau Pinang di Jln Gudwara, pada setiap hari Rabu sahaja. Bagi pembaca yang ada idea & juga petua-petua lain harap dapat kongsi disini.
Pejabat Veterinar P. Pinang daerah Timur Laut, Jln Gudwara.
      Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat dalam projek pembinaan reban ayam ini. Terutamanya kedua ibubapa mertuaku, isteriku, ipar-iparku, adik-adikku, biras-birasku, anak-anak saudaraku, tokey-tokey construction yang bermurah hati bagi kayu-kayan & semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. sekian, terima kasih.

Friday, December 10, 2010

Hikayat Hang Cangkul

      Tersebutlah kisah, di suatu petang yang damai lagi aman permai, bergerak seorang lelaki yang gagah, sekali santap 5 pinggan dapat dihabiskan! menuju ke belakang rumah bersenjatakan cangkul, habis rumput rampai diserangnya, namun dia tersenyum puas melihat serangannya, dia berjaya "menawan" batas pertama dan akan terus menawan keseluruhan medan juang ini!
Medan juang yang bakal berubah!
        Akibat diinspirasikan oleh Upin&Ipin (Dalam episod berkebun) & Jamie Oliver, aku mengambil langkah untuk berkebun ditanah sekangkang kera yang terletak dibelakang rumah ibubapa mertuaku. Disamping berkebun ianya satu riadah bagi aku daripada duduk terbungkang mengadap TV di petang hari selepas balik kerja. 

         Batas pertama yang dihasilkan, semaian berusia 2 hari ketika ini, aku memilih untuk menanam bendi di batas ini. Sama-samalah kita lihat perkembangannya nanti. Kepada pembaca yang mempunyai pendapat atau tips untuk berkebun nih, harap dapat kongsi dengan aku. Aku pon tengah fikir/cari cara terbaik untuk mengurangkan serangan yang bakal diterima daripada serangga perosak.

        Ketika aku berehat, terpandang sebuah basikal! Hmmm masih baru, dalam keadaan elok, cuma tayar dah pancit! Teringat kat brader Rezdrake & semua blogger yang blog pasal cycling! Basikal nih adik ipar aku yang punya, sekarang dia lebih suka naik motosikal, tu yang basikal nih terperuk kat sini. Rasa cam nak minta dia jualkan aja kat aku, boleh aku start cycling balik lepas +/- 8  tahun tak cycling! And i can make my BMI go right back to NORMAL!

TAMAT Hikayat Hang Cangkul! ( The title inspired from Seniman Bujang Lapok)

Tuesday, July 27, 2010

Luqman 3rd Birthday

Sudah 3tahun 2minggu berlalu, tapi ingatan aku kat labour room Hospital Bersalin Pulau Pinang masih segar dalam ingatan, peristiwa yang benar-benar mengubah hidup aku, Yeaaahhh aku sudah bergelar bapa, ayah, abi, abah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tahun nih my Hero dah masuk tahun yang ke-3, makin pandai, makin ligat, makin buas, makin curios, makin bertenaga, makin macam-macam lagi. So masa birthday my Hero nih, Tokmak dia ada masak sikit-sikit, kiranya macam kenduri mini cam tuh, aku & wife decide beli kek yang ada gambar bumbelbee kat atas kek tuh.
Menu of the day.
menu petang tuh.. bihun goreng, nasi impit, agar-agar, air sirap & kek! yummy! :)
Tak sabar nak potong kek!
Yeah that's him @ 3 years old :)
Yup, aku gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah ini, tapi bila flashback balik berita-berita kat dada akhbar pasal kes pembuangan bayi dan penderaan terhadap anak-anak. Tiba-tiba aku rasa marah, geram, kecewa, sedih. Aku berazam akan jaga amanah yang diberikan kepada aku dan isteri ini sebaik mungkin. Luqman may Allah bless u my son! :)

Thursday, January 21, 2010

~Mengecat yang belom abih!

Salam semua.. Kali ni, jom kita pi tengok acara cat mengecat yang belom abih.. Ini fasa pertama, aktiviti ni kami buat waktu weekend ja tu yang tak sempat abih tuh.

father n son
sambil-sambil mengecat tuh, kita layan la radio, hot FM ka, Mutiara FM ka, Sinar FM ka, x kira lah.. janji kita enjoy sambil buat kerja.. Teh 'o' dan biskut satu kemestian, sebab nak ganti balik kalori & tenaga yang hilang masa mengecat. Yang kecil berbaju oren tuh aku punya supervisor.

i'm painting
Luqman sedang menerima kelas mengecat dari Jurutera cat mr. paintman! Heh!

sinki
Ini pulak sinki+kabinet yang telah siap tempoh hari. Aku guna sinki yang single saja, coz bole jimat space.

xabinet
Tadi sinki, ini bahagian kabinet atas+bawah+drawer+cooker hood+hoob. Tak sabaq aku nak masak guna dapoq baru nih.. :D

abs
Kabinet atas yang berkaca ni dibuka macam ni. Yang bertanda anak panah tuh adalah ABS, utk menahan pintu tuh dari tertutup dgn sendiri. Dah banyak orang guna pintu macam ni.

hood n hob
Aku guna hood & hob dari jenama Cornell. Satu pakej daa...

Letih
Luqman letih,selepas seharian penat "membantu"..

Di sebalik kegembiraan aku & family nak pindah kerumah baru ni, teringat/terkenang aku pada mereka-mereka yang kurang bernasib baik, yang terpaksa berbumbungkan langit, berlantaikan bumi, berselimutkan embun! Tak kurang juga pada anak-anak kecil di negara-negara yang terlibat dengan peperangan dan juga yang dilanda dengan bencana alam seperti Palestin, Haiti(terkini) dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada ketika ini. Sebelum dijemput pulang menghadap NYA untuk dihitung satu persatu...

Sunday, December 27, 2009

~Tahun baru, rumah baru~

Dah nak masuk tahun baru, pesta pulau pinang pon dah nak abih dah.. Bulan Disember nie bnyak pulak cutinya.. Kerja pon bnyak jugakk.. Alhamdulillah.. tahun depan aku akan pindah ke rumah baru @ Bukit Jambul.. Rumah ni?.. Bagi sewa kot..

p/s: sekadar gambar hiasan!

Kitchen kabinet dah siap + Cooker hood & hob, pastu sekarang tengah tunggu masa untuk cat dinding plak, kami telah pilih utk menggunakan cat dari jenama Mr. Paint Man (www.mrpaintman.com.my).. Sebelum ni kami guna jenama Sancora, so kali ni nak cuba jenama ni pulak. Kami pilih warna Pearl Shine Wedgewood S12636 (warna milo ais susu lebih) untuk hall & Pearl Shine Ocean Delight S11561 untuk bilik tidur (warna lebih kurang macam jersi Argentina).

So, sama-samalah kita tunggu hasilnya. Kalau aku tak lupa, aku upload picturenya nanti. Bye...