Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts
Wednesday, October 30, 2013
Tuesday, October 29, 2013
Monday, October 28, 2013
Friday, November 9, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Terima Kasih Rezdrake & Azizan Cycle Friday
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Afrezal Karim aka Rezdrake & Saudara Azizan (Cycle Friday) serta rakan-rakan berbasikal anda berdua semua. Semuanya bermula apabila saya melayari blog mereka berdua yang secara amnya penuh dengan info-info tentang berbasikal. Ianya memberi saya semangat untuk berbasikal bukan sekadar beriadah malah ianya juga satu keperluan untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B. Saya agak terkejut, apabila saya hanya memerlukan 15 minit untuk berbasikal dari rumah saya ke tempat kerja (Bkt Jambul-USM). Sekali lagi terima kasih kepada saudara Rezdrake & Azizan yang sudi berkongsi serta menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh saya. Tidak lupa juga semua website, blog, fanpage dan lain-lain lagi yang telah menyediakan info tentang berbasikal. Anda semua sumber inspirasi!
My Fixed Gear |
Friday, July 29, 2011
Monday, June 27, 2011
2 warna.
Sepasang mata, 2 warna. Masa aku tengah rileks-rileks layan Astro kat rumah adik aku, tetiba Arapaly Gigas sampai, masih dengan uniform kerja. Terus dia pon dok sama layan Astro dengan aku. Pastu ada seekor kucing masuk rumah, Arapaly Gigas ambik kucing tu dan tunjuk kat aku, katanya "Bro, cuba tengok mata kucing ni, sebelah lain, sebelah lain. "Dia pakai kontek lense kot" balas aku selamba. Arapaly Gigas menyambung "ada orang kata kucing yang bermata camni pekak". Entahlah betul atau tak? Fakta atau auta? Tapi lepas buat sedikit ujian, nyata kucing itu tidak pekak! Memandai ja hampa ni, kata kucing tu pekak!
Labels:
kawan2,
kucing,
myactivity
Location:
George Town, Penang, Malaysia
Thursday, March 17, 2011
Masonik
Ini adalah kedai kepunyaan rakan sekolah menengah(SMKHZA) aku, saudara Dzulkamar Ibrahim kami satu kelas masa Tingkatan 2, kemudian aku tukar kelas di Tingkatan 3, Habis sekolah boleh dikatakan aku lost contact dengan Beliau. Lepas jumpa aku dapat tahu Beliau telah buka satu kedai yang menyediakan perkhidmatan membaiki komputer/laptop dan lain-lain lagi. Siapa kata budak SMK Haji Zainal Abidin tidak boleh berjaya, Beliau dah buktikan! Adik beliau pula buka kedai membaiki motosikal di Flat Nusantara, Jln Makloom dengan nama Masonik juga! Semoga Dzul & adiknya sukses & berjaya selalu. Masonik Zindabar!
Tuesday, June 8, 2010
@ Ekspo Seberang Jaya, P. Pinang
(p/s: klik kat pic utk paparan yang lebih jelas)
Last Friday, lepas solat Jumaat dapat call dari Abg Azhar (AA), dia ajak join berniaga kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Kawan dia sponsor tapak/ kiosk/ kedai kat situ. Aku set dengan partner aku depa kata ok. Malam tu juga kami kesana untuk tengok kedai & ambil kunci. Aku, AA, Adie & Abg Razak S bertolak dari Halalan Toyiba Gelugor ke kedai motorsport custom BERG. Brader BERG ni la yg jemput kami berniaga kat sana. Thank you very much brader BERG :D Lepas tengok kedai, kemas sikit-sikit. Penganjur ekspo nih blanja kami semua makan kat En Hamid Gulai Kawah batang pisang. Perrrggghhh! Sedap!!! So, on Saturday noon aku n AA bawa barang masuk. Set up sikit-sikit, pastu kami balik dulu, petang pi balik. Penat!? Bleh tahan la. Still alive!!! :D |
Bagi memanaskan tapak/ kiosk/ kedaikat situ yang sememangnya panas dan berkuap. Ada juga acara dance ala-ala showdown. Memang free style dancer tuh berbakat & boleh masuk competition kalau depa nak.
![]() |
Seronok bebudak & bapa budak tengok :D |
![]() |
It's showdown time!!! |
Kat atas nih gambar Brader Pali ngan anaknya. Skali tengok mcm Paul Sr ngan Paul Jr American Choppers tuh. :P
Thursday, April 22, 2010
Makan
Makan, yup maaakan! selalu juga kita sembang dengan kawan-kawan pasal makan-makan kat Office, "Nie Ucop, opis aku buat makan-makan la harini, tapi depa tak jemput hang pon, aku nak bagitau jaa" lebih kurang macam tu la. Baru-baru ni, opis aku pon buat jugak, depa tak jemput sapa-sapa pon, kira majlis makan tertutup la.Menu hari tuh...
Nasi Arab... Pak Arab makan nasi ngan sambal belacan? Depa kata sepatutnya makan ngan sup kambing. Mungkin budget tak cukup kot, kambing kan mahal. Takpa kita makan ja, Nasi dia sedap juga, sampai bertambah aku makan ha ha ha... Menu-menu lain..
Habok-habok pon ada, ini favourite aku... depa makan 2-3 kali suap, aku makan sekali suap ja... p/s: kuihnya kecik ja, atau mulut aku yang besaq! ha ha ha..
Tersusun rapi sebelum diserbu oleh batalion yang sedang laparrr... Bagus juga buat plastic container macam ni, boleh recycle, aku buat ice cube, simpan dalam fridge office. Mana tau kot-kot berguna untuk emergency.
Inilah sebahagian dari batalion yang sedang laparrr tu. he he he.. Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang!
Nasi Arab... Pak Arab makan nasi ngan sambal belacan? Depa kata sepatutnya makan ngan sup kambing. Mungkin budget tak cukup kot, kambing kan mahal. Takpa kita makan ja, Nasi dia sedap juga, sampai bertambah aku makan ha ha ha... Menu-menu lain..
Habok-habok pon ada, ini favourite aku... depa makan 2-3 kali suap, aku makan sekali suap ja... p/s: kuihnya kecik ja, atau mulut aku yang besaq! ha ha ha..
Tersusun rapi sebelum diserbu oleh batalion yang sedang laparrr... Bagus juga buat plastic container macam ni, boleh recycle, aku buat ice cube, simpan dalam fridge office. Mana tau kot-kot berguna untuk emergency.
Inilah sebahagian dari batalion yang sedang laparrr tu. he he he.. Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang!
Dari kiri: K. Dayah, K. Ida & Lyn
Di majlis tersebut TPK kami mengumumkan nama-nama yang telah berjaya memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang, kat unit kami, K. Dayah telah berjaya, Tahniah K. Dayah. Kejayaan Kak Inspirasi kami. :D
Bila ada cerita seronok ada juga berita sedih. K. Ida akan meninggalkan kami dan kembali semula ke Kampus Kejuruteraan. Lyn pulak akan berkhidmat di Bahagian lain. Apapon aku mewakilkan diri aku untuk semua rakan-rakan di bahagian ini agar anda berdua terus cemerlang, gemilang & terbilang! Selamat maju jaya.
Tuesday, November 17, 2009
Jemputan dari Permaisuri & Raja

So, aku n family dengan rasminya telah dijemput oleh Permaisuri & Raja sehari ni pada 5 Dis 09 = hari Sabtu. Nama Permaisuri ni, Tuanku Permaisuri Niza Abdul Malik dari Negeri Merak Kayangan Tujuh, yang bakal disatukan dengan Raja Afizi Ahmad dari Negeri Garuda Mangkubumi. Kalau hang pa tak caya, cuba, try Google nama negeri tersebut.
Jadi, disini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga bahgia bersama selamanya kepada Permaisuri & Raja sehari nih. Pada masa yang sama, tolonglaa... jaga kesihatan & keselamatan... Jangan dok bawa keta laju-laju(sila rujuk harian Metro 13 Dis 09/ Jumaat), dapatkan rehat yang cukup.. Planning betul-betul jangan sampai exhausted di hari bahgia nanti.. Nanti muka tak ceria..So, please.. please.. please kamu jangan nakal. :P
Pada sapa-sapa yang nak jemput aku, sila jemput awal-awal kerana stok sampul kenduri aku adalah terhad, diulangi.. TERHAD! Tapi ruang abdomen aku senantiasa ada untuk lauk-pauk yang sedap-sedap tuh.. he he he :D Thanx again to Niza for invitation.. :)

Wednesday, September 9, 2009
Sibuknya AKU!

Subscribe to:
Posts (Atom)