Showing posts with label usm. Show all posts
Showing posts with label usm. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Pelekat Kenderaan


Pelekat kenderaan USM bagi sidang akademik 2014/2015. Saiz pelekat agak besar dengan saiz 5x5 inci.

Wednesday, October 30, 2013

Puan Aisyah

Selamat Maju Jaya Puan Aisyah,


Mana satu Puan Aisyah?

Gambar dibawah mungkin membantu.

Wednesday, May 23, 2012

Berapa minit?

A:PPS Kajihayat B:Pejabat Transit HR (lokasi USM P. Pinang)

Berapa minit yang anda perlukan untuk berjalan dari A ke B seperti gambar diatas.

Jawapannya 4 minit.

Pagi ini saya menggunakan 12 minit gara-gara tertinggal dompet di dalam kereta.

1- A ke B

2- B ke A

3- A ke B

Seorang rakan menepuk bahu seraya berkata " Tak pa, baguih untuk kardio hang! " sambil matanya memandang perut saya yang boroi!

Wednesday, October 19, 2011

Padang USM


Pemandangan biasa selepas hujan lebat di Padang B, USM.

Sumber : Apai 

Friday, September 30, 2011

Naib Canselor USM September 2011

Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Disember 2000 - September 2011 sebagai  Naib Canselor  USM
Profesor Dato' Dr Omar Osman
Naib Canselor USM berkuatkuasa 28 September 2011
BACA BERITA SELANJUTNYA DISINI...

Gambar diambil sekitar Januari 2010
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Yg Bhg Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak , Tahniah & Selamat Bertugas kepada Yg Bhg Profesor Dato' Omar Osman.

Sumber USM

Tuesday, May 10, 2011

Iklan Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia Mei 2011

Iklan USM 2011 sila klik SINI untuk maklumat lanjut.
Tarikh Tutup : 22 Mei 2011

Monday, March 21, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Bengkel Fotografi DSLR & Teknik Pengimejan Kreatif

         Salam semua di bawah adalah info mengenai Bengkel tersebut, sila klik pada gambar utk "ENLARGE". Sekian, terima kasih.
Please click to ENLARGE. 
Please click to ENLARGE.
Please click to ENLARGE.
(*BORANG) Please click to ENLARGE.

Saturday, February 5, 2011

Bowling

       Baru-baru ni tempat kerja aku ada buat perlawanan bowling persahabatan diantara Jab Pendaftar Penang VS Jab Pendaftar Kelantan, manakala tiada wakil daripada Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal). Setiap pasukan ada 4 pemain, satu pasukan 2 pusingan. Yuran penyertaan 1 pasukan = RM40.00
        Macam biasa la, group aku terdiri daripada rokie-rokie yang baru nak kenal istilah STRIKE & SPARE, Hanya KHIR yang kerap main bowling. Kesimpulannya tempat pertama dimenangi oleh Group yang memperolehi sebanyak 1K++ point. Group aku punya total point kat bawah :-
1st Round

2nd Round
Rasanya ok kot markah aku & kawan-kawan kumpul bagi bebudak baru macam kami!   
  
     Lokasi bowling ni terletak di Pasaraya Sunshine Bayan Baru, satu lagi Pusat Bowling yang berhampiran terletak di Kompleks Bukit Jambul.
Sunshine Bayan Baru Maps. Please click to ENLARGE.


The Bowling Area

Thursday, January 6, 2011

Iklan Jawatan Kosong USM 2011

 Assalamualaikum & salam sejahtera, sila klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai iklan tersebut. Maklumat lanjut Kaunter Pertanyaan Bah. Pengurusan Sumber Manusia 04 653 3826. Tarikh tutup 9.1.2011 (3 hari dari sekarang, maaf lewat hebahkan)

Thursday, December 2, 2010

Jom sambut New Year

Jom pakat-pakat sambut tahun baru 1432 Hijrah, maklumat seperti diatas. Sekian, terima kasih.
*Picture from Pusat Islam, USM

Thursday, April 22, 2010

Makan

Makan, yup maaakan! selalu juga kita sembang dengan kawan-kawan pasal makan-makan kat Office, "Nie Ucop, opis aku buat makan-makan la harini, tapi depa tak jemput hang pon, aku nak bagitau jaa" lebih kurang macam tu la. Baru-baru ni, opis aku pon buat jugak, depa tak jemput sapa-sapa pon, kira majlis makan tertutup la.Menu hari tuh...
Nasi Arab... Pak Arab makan nasi ngan sambal belacan? Depa kata sepatutnya makan ngan sup kambing. Mungkin budget tak cukup kot, kambing kan mahal. Takpa kita makan ja, Nasi dia sedap juga, sampai bertambah aku makan ha ha ha... Menu-menu lain..
 Habok-habok pon ada, ini favourite aku... depa makan 2-3 kali suap, aku makan sekali suap ja... p/s: kuihnya kecik ja, atau mulut aku yang besaq! ha ha ha..

Tersusun rapi sebelum diserbu oleh batalion yang sedang laparrr... Bagus juga buat plastic container macam ni, boleh recycle, aku buat ice cube, simpan dalam fridge office. Mana tau kot-kot berguna untuk emergency.
 Inilah sebahagian dari batalion yang sedang laparrr tu. he he he.. Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang!

 Dari kiri: K. Dayah, K. Ida & Lyn 
Di majlis tersebut TPK kami mengumumkan nama-nama yang telah berjaya memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang, kat unit kami, K. Dayah telah berjaya, Tahniah K. Dayah. Kejayaan Kak Inspirasi kami. :D
 Bila ada cerita seronok ada juga berita sedih. K. Ida akan meninggalkan kami dan kembali semula ke Kampus Kejuruteraan. Lyn pulak akan berkhidmat di Bahagian lain. Apapon aku mewakilkan diri aku untuk semua rakan-rakan di bahagian ini agar anda berdua terus cemerlang, gemilang & terbilang! Selamat maju jaya.

Friday, March 26, 2010

Earth Hour

Yup! esok adalah tarikh yang ditetapkan oleh Universiti Sains Malaysia untuk kita sama-sama (sebagai warga mahupun bukan warga USM) memberi sokongan terhadap kempen ini. Rata-rata semua sedia maklum mengenai kempen ini. Cuma apa yang hendak disampaikan disini adalah antara perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda buat selama satu jam itu (ketika gelap)('',).
1) Janganlah duduk berdua-duan/berpasangan/bercampur gaul yang bukan muhrim pada waktu gelap ini.
2) Sekiranya anda sedang memandu, jangan pulak tutup lampu kenderaan anda secara tiba-tiba, semata-mata hendak turut serta dalam kempen ini. Nanti tak pasai-pasai ada yang hilang nyawa pulak!
3) Kalau duduk secara beramai-ramai dalam satu-satu premis tuh, contohnya rumah sewa atau hostel, bagi la warning dulu kat member-member lain. Supaya tidak ada yang mengamuk atau terkejut.
Yang lain tuh, hampa pkiaq la sendiri. Kalau hampa nak tau lebih lagi mengenai kempen ni, baca kat sini. Sama-samalah kita menjayakan kempen ini okay! "Memastikan Kelestarian Untuk Hari Esok".

Monday, October 12, 2009

Hadiah Hari Raya :D

Dah masuk 23 Syawal dah hari ni.. Tapi masih ada lagi yang ambil kesempatan untuk buat rumah terbuka.. Terima kasih pada yang jemput aku & family.. Macam-macam menu.. Dari Utara sampailah ke Selatan :D.. Janji sedap & FREE!... hehehe..
Dulu raya selalu harapkan duit raya, lani dok risau budget duit raya.. Takut-takut over budget.. Apapun bersedekah dan menggembirakan kanak-kanak kan baik..
Tahun ini tahun kedua aku beraya sebagai penjawat awam.. Apa yang best? CUTI la... hahaha..
Pastu dapat pulak hadiah raya... Haaa... kat bawah nila aku & kawan2 satu unit dapat dari The Generous Pn SIVA.. TQ Pn SIVA.. Memang semangat 1 Malaysia Pn SIVA nih.. Kat bawah nila hadiah dari Pn SIVA untuk kami...
p/s:- Pn SIVA bagi dah hadiah... Cik Gee bila pulak nak bagi.. Raya nak abis dah Cik Gee ooiii.. :P

Tuesday, July 21, 2009

Raja buah mengamok! (Part 2)

Tiada yang enak melainkan yang free belaka, ha ha ha..

Eemmmm sedapnya.. memang la sedap, aku yang penat dok kupaih..

Banyak lebih ni.. boleh buat bisnes.. he he he..

Wahh.. meriahnya..

Apa yang depa dok tengok ramai-ramai tue..

Ceh! dia ni ghopanya..

Lihatlah.. betapa rakusnya beliau mengupaih duryan tersebut..

Perbincangan mengenai produk kecantikan/kekuatan yang dapat dihasilkan dari kulit duryan..

Dah abis makan mesti kena basuh tangan, lain la kalau makan guna kaki!

Wednesday, June 24, 2009

Raja buah mengamok! (Part 1)

Detik-detik awal ketibaan raja buah dan kengkawan..

Senyum la ampa semua, makan jangan tak makan... saat-saat meriah sebelum hujan turun :p

Mai sini... cek nak ajaq cara-cara nak kupaih duryan...

Jom lari!!!! Hujan nak turun...

MKMT: Kita bawa naik kot sini, senang skit..
MRAR: Mana boleh, berat nih...
MFMO: Tak pa, kita cuba dulu..
MAM: Yakin bulih!!!


Pelan-pelan... berat nih... berpeluh ketiak kita... :P

Lambat la hangpa semua nie... Camna nak kerja kat Universiti APEX... hehehe..

Mana buah nie... tak sampai lagi...

Haaa... makan-makan, sedap nih.. Huloq mai pulut tuh..

Eemmm... sedapnya.. kalau letak dalam popia best gak nie..