Monday, August 24, 2020

TUKANG CAT DAN SELUAR TERBALIK

20 Ogos 2020

Janji dengan tukang cat jam 9.00 pagi, saya capai seluar hitam yang biasa saya pakai. Jam sudah hampir 9.30pagi, dah lambat.

Sampai di pejabat tukang cat sudah lama sampai. Saya mohon maaf sangat-sangat sebab terlewat. Sambil menuju pintu pejabat saya meraba poket seluar, nak masukkan kunci motosikal. Hairan, poket hilang entah ke mana.
Selesai buka pintu pejabat, saya belek seluar. Patutlah poket hilang, saya pakai seluar terbalik. Jadinya poket ada di dalam. Cepat-cepat saya ke tandas. Terbalikkan semula seluar. Kini seluar saya sudah ada poket.

Image may contain: one or more people and indoor

Thursday, July 30, 2020

HANG JEBAT HEBAT

Kisah di bawah diinspirasikan dari kejadian sebenar.

Petang itu Hasan dan Husin sedang duduk lepak di bawah pangkin pokok pelam sambil menggulung rokok yang tembakaunya dibeli dari 7 Eleven berperisa strawberi.

Dari hujung lorong rumah kampung mereka, kelihatan kelibat Pak Jusoh menaiki Vespa Super MK1 yang bernadikan enjin PX150. Bunyi ekzos DRC second hand memecah kesunyian petang.

Pak Jusoh sampai di pangkin Hasan dan Husin, salam diberi dan disambut.

Lama tak nampak Husin, balik cuti raya haji berapa hari? tanya Pak Jusoh.

Tak lama pakcik, hari Ahad dah balik KL, Isnin mula kerja.

Pakcik dari mana? celah Hasan.

Aku baru balik berubat orang kat kampung sebelah, kena buatan orang, dengan jin belambak-lambak dalam rumah, semua aku hantaq balik pi Gunung Jerai. Depa ingat aku biasa-biasa ka, Jusoh Tiger la. Ni Hasan, adik hang Husin ni pon bukan biasa-biasa tau, aku nampak ada benda jaga dia, nampak macam Hang Jebat. Kalau ampa dua nak tau lebih lagi, nanti mai rumah aku.

Boleh pakcik, insyaallah. Hasan dan Husin jawab serentak.

Along, betoi ka apa yang Pakcik Jusoh tu bagitau. soal Husin kepada Hasan.

Hasan tarik nafas dalam-dalam.

Adik, Hang Jebat ni 

Pedepang! Husin tampar lantai pangkin. HAHAHAHAHAHA...

Petang itu pangkin bawah pokok pelam jadi saksi tawa paling lama dua beradik tersebut.