Friday, January 9, 2009

U11 Yang Mencabar!

Salam suma.. semlm dah jadi sejarah.. betul2 sejarah.. mcm rancangan RTM dulu, hari ini dlm sejarah.. isk isk isk.. aku adalah sorang driver yg kurang cekap bawa keta manual.. ha ha ha.. Kawan2 aku pun pening, terutamanya Mr realvista, yg slalu kutuk aku kaw kaw punya.. Camna aku bleh dapat lesen memandu.. Semlm 1st time aku bawa keta manual tuh ke tempat keja.. Nissan Bluebird (u11) 1987.. Cabaran bermula seawal jam 7pg, dulu takpa la.. aku & wife saja.. boleh naik moto.. tapi sekarang dah ber3 beb, kesian kat anak, berhujan panas.. atas nasihat ibu bapa, kakak2, abg2 & rakan2.. aku pun bawa la keta manual tuh.. pencapaian semlm.. Enjin mati cuma 1 kali shj, ha ha ha.. tu pun masa nak keluar dari parking.. gear 2 bro.. mana nak ada pickup.. kena plak yg bawa, aku!(yg x cekap).. Tulah dulu asyik bawa keta auto ja.. mana nak ada kecekapan.. x pa aku akan bawa sampai aku cekap! hahaha...

inilah keta yang telah mencabar aku! hehehehe.....

ini bukan "burung" yang jinak!!!

walaupun aku sorang driver yang tak cekap, gambar diatas bukanlah hasil kerja aku.. Ianya hasil kerja individu yang tak bertanggungjawab, Mr pelingkup barang (hang kata, hang tera..), dah berbulan2 cari spare part nih.. tapi tak jumpa2 gak.. almaklumlah.. kereta tahun 80an.. mana ada banyak dah.. nak order dari Jepun! boleh... bumper + lampu = RM 2K bro... perhggggg!!!! Mr pelingkup barang plak, buat bodoh jeeeee.....Gua BENGANG SAMA LU MR PELINGKUP BARANG!

Monday, January 5, 2009

Selamat Pagi Cikgu!

Selamat masuk kealam persekolahan buat adik2 semua.. terutamanya anak sedara aku yang memulakan hari persekolahan pertama (secara rasminya) di Sekolah Kebangsaan Bkt Gambir.. & tidak lupa juga buat semua adik2 yang lain..Selamat memulakan langkah pertama dalam mencapai cita2..Aku doakan anda semua berjaya! SELAMAT PAGI CIKGU! :-)

Friday, January 2, 2009

Masuk Bengkel

Tahun 2008 memang penuh ngan aktiviti.. ni adalah salah satu aktiviti aku ngan jabatan aku.. jabatan aku menganjurkan bengkel 2hari 1 mlm utk kami membincangkan hala tuju & memantapkan lagi jentera operasi bagi kepuasan pelanggan..
Bengkel nih ambil tempat di Bayview Beach Hotel..



Acara makan2, kena makan la.. tak mkan mana nak mai tenaga untuk berpikir nanti..heh!





Antara peserta2 yang gigih dalam menjayakan bengkel ini..

aktiviti makan lagi! biasala.. dah penat berpikir.. kena la makan utk ganti tenaga yg hilang waktu berpikir tuh..


antara meja2 bertuah, :P...

Dah kluar dari bengkel ni harap2 jentera operasi Jabatan ni lebih mantap lagi..

Berakhirnya..

ha.. ni lagi satu, bos, kawan, sahabat, rakan seopis, penasihat(slalu bagi nasihat agama) dll.. antara orang yang banyak guide aku dlm kat unit ni (@ usm)..
Rombongan kengkawan dari usm bertolak dari penang jam 2.45pm ke Merbok, sampai di rumah pengantin hampir jam 4pm yang diketuai oleh saudara sidek.. sebab masing2 dah lapar bila sampai, suma ambush kat buffet line tanpa menghiraukan tetamu lain, makanan! pergh! memang sedap.. kami siap dibekalkan lauk & nasi kenduri masa balik! aku ngan cfu zul tanpa segan silu meminta dr saudara MKMT untuk tapau acar buah yg lazat sorang satu, heh! memang kami dasar tiada segan silu..
nah! kat bawah nih lah individu yang mintak tapau acar buah tersebut..CFU ZUL! yang sebelah tuh saudara redzuan, ahli baru dlm unit nih!
apapun aku N family ucapkan SLAMAT PENGANTIN BARU, SMOGA BAHGIA SLALU.. buat MR MKMT & pasangannya.. sama cocok, sama padan.. & welcome to da club bos! Maka berakhirlah zaman bujang beliau!

Dari kiri : jue, my wife, me & myson, cfu zul, MR MKMT & pasangan, abg zuri, niza, sidek, sarah, wan, pn siva & sidek wife.