Tuesday, June 11, 2019

Nasi Goreng Sedap.

Jam 3 pagi. Mat pusing kiri, pusing kanan. Panas. Bangun. Buka peti sejuk. Sengaja Mat berdiri lama depan pintu peti sejuk yang ternganga. Em.. sedap. Sejuk. 

Mat capai botol terus teguk dengan mata yang masih bersisa kantuk. Cuba nak sambung lena. Tak berjaya. Perut lapar barangkali.

Ada baki nasi sejuk. Mat gaul dengan sambal belacan. 3 biji telur mat scrambelkan. Sikit ikan bilis. Sikit mix vege nyah beku. Oh, ada ikan ketul. Mat perisi, gaul skali.

Minyak siap panas. Mat mula menumis. Bau harum bawang merah dan putih. Mat masukkan nasi. Sambil kawal api. Tak terlalu besar, tak terlalu kecil.
Nasi goreng Mat hampir siap.

Dari tingkap dapur yang sengaja Mat buka untuk ventilasi udara. "Nak sikit boleh ? " tanya satu suara kanak kanak. 

Mat berlagak berani. "Pi gosok gigi dulu, satgi aku bagi" kata Mat dalam nada suara tegas yang sengaja dibuat.

Mat ambil tudung. Tutup nasi goreng tadi. Tarik tingkap bagi rapat. Lampu sengaja di biar terbuka.
Mat pura pura lena. Lapar tadi hilang entah kemana.

Friday, June 7, 2019

MAT RODI RUNNER

Sejak Mat Rodi buat kerja part time runner. Selalulah dia pulang lewat ke rumah.
Tugas sebagai runner membawa dia ke seluruh cerok-cerok Pulau Mutiara yang dia sendiri belum sampai.

Mujur ada waze, gps dan orang-orang awam yang baik hati memberi jawapan pabila dia sesat mencari alamat penghantaran.
Setiap malam sebelum balik dia akan lalu depan workshop motorsikal Uncle Yeoh. Lalu sambil bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh cuma angkat tangan tanda membalas sapaan Mat Rodi.

Ada satu malam Mat Rodi lalu depan workshop, Uncle Yeoh sedang rehat rehat sambil hisap rokok.
Mat Rodi pon bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh pandang Mat Rodi sampai hilang dari pandangan.

Esok malam Mat Rodi singgah workshop Uncle Yeoh. Cadang mahu tukar tayar motorsikalnya yang semakin haus.
Sampai di kedai, Uncle Yeoh tanya pada Mat Rodi. "Semalam you carry mana punya amoi?"
"Mana ada Uncle" Mat Rodi menidakkan.

Uncle Yeoh senyum, sambil teruskan kerja-kerja tukar tayar.
Mat Rodi pon senyum, dia fikir Uncle Yeoh cuba berseloroh. Cuma dia tak tahu, setiap malam dia tidak pulang berseorangan.

#cerpu2016 #MatRodi