Friday, December 10, 2010

Hikayat Hang Cangkul

      Tersebutlah kisah, di suatu petang yang damai lagi aman permai, bergerak seorang lelaki yang gagah, sekali santap 5 pinggan dapat dihabiskan! menuju ke belakang rumah bersenjatakan cangkul, habis rumput rampai diserangnya, namun dia tersenyum puas melihat serangannya, dia berjaya "menawan" batas pertama dan akan terus menawan keseluruhan medan juang ini!
Medan juang yang bakal berubah!
        Akibat diinspirasikan oleh Upin&Ipin (Dalam episod berkebun) & Jamie Oliver, aku mengambil langkah untuk berkebun ditanah sekangkang kera yang terletak dibelakang rumah ibubapa mertuaku. Disamping berkebun ianya satu riadah bagi aku daripada duduk terbungkang mengadap TV di petang hari selepas balik kerja. 

         Batas pertama yang dihasilkan, semaian berusia 2 hari ketika ini, aku memilih untuk menanam bendi di batas ini. Sama-samalah kita lihat perkembangannya nanti. Kepada pembaca yang mempunyai pendapat atau tips untuk berkebun nih, harap dapat kongsi dengan aku. Aku pon tengah fikir/cari cara terbaik untuk mengurangkan serangan yang bakal diterima daripada serangga perosak.

        Ketika aku berehat, terpandang sebuah basikal! Hmmm masih baru, dalam keadaan elok, cuma tayar dah pancit! Teringat kat brader Rezdrake & semua blogger yang blog pasal cycling! Basikal nih adik ipar aku yang punya, sekarang dia lebih suka naik motosikal, tu yang basikal nih terperuk kat sini. Rasa cam nak minta dia jualkan aja kat aku, boleh aku start cycling balik lepas +/- 8  tahun tak cycling! And i can make my BMI go right back to NORMAL!

TAMAT Hikayat Hang Cangkul! ( The title inspired from Seniman Bujang Lapok)

2 comments:

Afrezal Karim said...

ohhh rupanya hang kebun.. sempoi beb.. luas tanah hang.. aku suka juga part menanam ni.. penah dulu duk tanam bendi banyak kat blakang rumah org tua dulu waktu duk kedah.. skali kena akikah beramai2 dengan siput babi.. depa cukup suka gigit batang bendi ni..

fuhh tak sabar aku nak berkebun kat kebun mertua aku kat beserah..

sunmelonz said...

ada petua nak kurangkan serangan siput babi x bro?
tanah ni pon saya tumpang ngan mentua saya bro.. hehe.. daripada terbiaq mcm tu saja, baik saya tanam sayuq sikit2, lani belakang tuh dah berubah ngan drastik skali, nanti sya story! ;P