Monday, January 31, 2011

Lorong Kulit : Kasut

Pic by penang-traveltips
    Lorong Kulit (aka Road Walk/Rope Walk), bagi warga Pulau Pinang pastinya nama tempat ini tidak asing bagi anda semua, sekitar tahun 80an ianya juga dikenali sebagai Padang Tambun rasanya (betulkan aku jika salah). Di LK (Lorong Kulit) pelbagai barangan dapat diperolehi terutamanya "rare item" ataupun koleksi antik.
    Melalui proses perubahan masa & zaman, kini di LK anda boleh jumpa gerai-gerai yang menawarkan perkhidmatan perubatan tradisional sehinggalah ke perkhidmatan membaiki alatan elektronik seperti telefon bimbit. Sekiranya anda hendak ke LK, cari jalan ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang pasti anda akan sampai ke LK.
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

     Penghujung bulan Januari 2011, aku berkesempatan berkunjung ke LK, masih ramai lagi peniaga-peniaga otai yang terdapat disitu, terdapat juga peniaga-peniaga baru, Masa pusing-pusing kat situ jumpa satu gerai uncle yang jual peralatan basikal dan juga basikal 2nd hand. Harga ok jugak! Disebabkan aku tak plan nak beli basikal kat situ, maka tak jadila beli ngan uncle tuh. Don't worry uncle, next time mesti saya pi cari uncle balik. Heh!
     Sekiranya anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke LK, sekian, kita jumpa lagi dimasa-masa akan datang dengan tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang, Mai Jangan Tak Mai! ;D 
      
Barangan yang dibeli pada hari itu adalah :
  • Bogo Visor Pelangi : RM15
  • Stokin 3 Pasang      : RM5
  • Seluar Panjang Kanak-kanak : RM7 ( Di Long Wan Sg Petani lagi murah, Huh!)
  • Kasut Aku : RM30
Kasut Aku!

11 comments:

dinie said...

longwan lgi murah nooooo

sunmelonz said...

sungguh aaiiihhhh... :)

dinie said...

hahaha....pakat pakat p beli kt longwan nuuuu...murah murah murah!!!

!eNa PnG said...

lama aku tak p berjalan kat sini....

sunmelonz said...

dnie: longwan penang baju pesyen lama! SP punya ok!

Kak iena: mai la berjalan, lani bertugas kat mana?

!eNa PnG said...

keja kat KL la nie.. tu yg tak p area sana pon...:)

sunmelonz said...

kak iena: ok noted. ;)

Azizan Zolkipli said...

masa bersekolah di vokasional Bt. Lanchang tahun 1994-95 dulu, rajin juga outing ke sana setiap hujung minggu.

pernah beli Walkman terpakai kat sana hehehe ...

sunmelonz said...

bro azizan, masa sek kat SMKTBL tuh dah ada monumen keta eksiden ka? saya tahun 97 baru masuk form 1. ;D

Unknown said...

ada lek kasut cam nye kar klu ada bila bleh dapat??Kalo ada ko inform aku d fb arh..Nie nama fb ku Ahzizul Hisham ..

sunmelonz said...

ok saudara ahzizul hisham, klau ada saya infom. :)