Friday, August 20, 2010

PELUANG PEKERJAAN/ VACANCY

*sekadar gambar hiasan (realvista.bspot.com)
  • JURUWANG
  • JURUJUAL ELEKTRIKAL
  • PEMBANTU STOR
  • ANGGOTA KESELAMATAN
TESCO Penang Hyper (aka Tesco Jelutong)
No.1, Lebuh Tengku Kudin 1
Bandar Jelutong 11700 Pulau Pinang
Maklumat lanjut, 04-659 4944 (9am-6pm)
TEMUDUGA TERBUKA SEDANG DIJALANKAN!

Concern aku cuma satu, HR opisnya kena hire org awal-awal lagi, bukan dah masuk 10 Ramadhan masih cari staff, bagi aku, agak sukar untuk dapatkan tenaga kerja di waktu-waktu begini. Pada yang berminat, jangan malu jangan segan, daripada anda menganggur tak tentu hala, kerja la dulu mana yang ada. Perjalanan masih jauh.

Tuesday, July 27, 2010

Luqman 3rd Birthday

Sudah 3tahun 2minggu berlalu, tapi ingatan aku kat labour room Hospital Bersalin Pulau Pinang masih segar dalam ingatan, peristiwa yang benar-benar mengubah hidup aku, Yeaaahhh aku sudah bergelar bapa, ayah, abi, abah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tahun nih my Hero dah masuk tahun yang ke-3, makin pandai, makin ligat, makin buas, makin curios, makin bertenaga, makin macam-macam lagi. So masa birthday my Hero nih, Tokmak dia ada masak sikit-sikit, kiranya macam kenduri mini cam tuh, aku & wife decide beli kek yang ada gambar bumbelbee kat atas kek tuh.
Menu of the day.
menu petang tuh.. bihun goreng, nasi impit, agar-agar, air sirap & kek! yummy! :)
Tak sabar nak potong kek!
Yeah that's him @ 3 years old :)
Yup, aku gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah ini, tapi bila flashback balik berita-berita kat dada akhbar pasal kes pembuangan bayi dan penderaan terhadap anak-anak. Tiba-tiba aku rasa marah, geram, kecewa, sedih. Aku berazam akan jaga amanah yang diberikan kepada aku dan isteri ini sebaik mungkin. Luqman may Allah bless u my son! :)

Tuesday, June 8, 2010

@ Ekspo Seberang Jaya, P. Pinang

                            (p/s: klik kat pic utk paparan yang lebih jelas)
              Last Friday, lepas solat Jumaat dapat call dari Abg Azhar (AA), dia ajak join berniaga kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Kawan dia sponsor tapak/ kiosk/ kedai kat situ. Aku set dengan partner aku depa kata ok. Malam tu juga kami kesana untuk tengok kedai & ambil kunci. Aku, AA, Adie & Abg Razak S bertolak dari Halalan Toyiba Gelugor ke kedai motorsport custom BERG. Brader BERG ni la yg jemput kami berniaga kat sana. Thank you very much brader BERG :D Lepas tengok kedai, kemas sikit-sikit. Penganjur ekspo nih blanja kami semua makan kat En Hamid Gulai Kawah batang pisang. Perrrggghhh! Sedap!!! So, on Saturday noon aku n AA bawa barang masuk. Set up sikit-sikit, pastu kami balik dulu, petang pi balik. Penat!? Bleh tahan la. 

Still alive!!! :D
              Actually lot yang ditaja nih untuk pameran motosikal berkuasa tinggi, custom, antik dan lain-lain. Apa yang kami jual? tak kan nak jual ubat sakit urat kot. So, aku dengan kawan-kawan pilih untuk jual pakaian bundle. Heh! Syok juga meniaga bundle nih. Macam-macam gelagat customer yang boleh jumpa. Dan juga anda boleh memperolehi cermin mata polarized dengan harga yang lebih murah dari pasaran dan rekabentuk yang terkini. Ekspo ni berlangsung dari 5 hingga 13 Jun 2010. So, pada yang ada masa tuh singgah-singgah lah disana, dan jangan segan untuk berkunjung ke gerai kami.
           Bagi memanaskan tapak/ kiosk/ kedaikat situ yang sememangnya panas dan berkuap. Ada juga acara dance ala-ala showdown. Memang free style dancer tuh berbakat & boleh masuk competition kalau depa nak.
Seronok bebudak & bapa budak tengok :D
It's showdown time!!!

Kat atas nih gambar Brader Pali ngan anaknya. Skali tengok mcm Paul Sr ngan Paul Jr American Choppers tuh. :P

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih CIKGU :)

Mak Chaq (Guru tadika 89-90 @ Kg Bkt Payong, Kedah)
Cikgu Haron ( SKBP 91-96)
Cikgu Abdullah (SKBP 91-96)
Cikgu Najib (SKBP 91-96)
Sir Fahmi (SKBP 91-96)
Cikgu Norjan (SKBP 91-96)
Ustaz Wan (SKBP 91-96)
 Cikgu Ahmad Salleh (SMKDSO 97)
Cikgu Cheah (SMKHZA 97-00)
Cikgu Lee Lay Wah (SMKHZA 97-00)
Cikgu Rosmawati Sadri (SMKHZA 97-00)
Cikgu Foo (SMKHZA 97-00)
 Cikgu Lee (SMKHZA 97-00)
Ustaz Marzuki (SMKHZA 97-00)
 Ustaz Suhaimi (SMKHZA 97-00)
Cikdu Umi (SMKHZA 97-00)
Cikgu Khamidatul Khurtubiah(SMKHZA 97-00)
 Cikgu Ng (SMKHZA 97-00)
Cikgu Chan (SMKHZA 97-00)
Allahyarham Cikgu Abdul Rahman (SMKHZA 97-00)
Allahyarham Cikgu Noor Au (SMKHZA 97-00)
Cikgu Khoo (SMKAM 01-02)
Cikgu Anawiyah (SMKAM 01-02)
Cikgu Shukor (SMKAM 01-02)
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh dunia, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar & membimbing kami, walaupun terkadang terlupa nama, tetapi jasa & pengorbanan tetap di ingati. TERIMA KASIH CIKGU!!! :D

Monday, May 10, 2010

Ustaz Shamsuri @ Penang Island May 2010

Assamualaikum w.b.t
Berikut adalah jadual Kuliah Bulanan Ustaz Shamsuri di Pulau Pinang (Bahagian Pulau):-

Masa                                         Tarikh                    Tempat
Lepas Solat Maghrib     11 May 2010       Masjid Jamek Jelutong

Lepas Solat Maghrib     17 May 2010      Masjid At-Taqwa(Tmn Tun Sardon)

Lepas Solat Maghrib     24 May 2010     Masjid Negeri Pulau Pinang

Dijemput semua muslimin & muslimat. Jom pakat-pakat pi. Insyaallah.. ('',)
p/s: Sekiranya Tuan/Puan mempunyai maklumat mengenai perubahan tarikh/masa/penundaan kuliah diatas harap dapat dikongsi dengan meninggalkan maklumat tersebut di ruangan 'komen'. Terima kasih.