Friday, June 7, 2019

MAT RODI RUNNER

Sejak Mat Rodi buat kerja part time runner. Selalulah dia pulang lewat ke rumah.
Tugas sebagai runner membawa dia ke seluruh cerok-cerok Pulau Mutiara yang dia sendiri belum sampai.

Mujur ada waze, gps dan orang-orang awam yang baik hati memberi jawapan pabila dia sesat mencari alamat penghantaran.
Setiap malam sebelum balik dia akan lalu depan workshop motorsikal Uncle Yeoh. Lalu sambil bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh cuma angkat tangan tanda membalas sapaan Mat Rodi.

Ada satu malam Mat Rodi lalu depan workshop, Uncle Yeoh sedang rehat rehat sambil hisap rokok.
Mat Rodi pon bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh pandang Mat Rodi sampai hilang dari pandangan.

Esok malam Mat Rodi singgah workshop Uncle Yeoh. Cadang mahu tukar tayar motorsikalnya yang semakin haus.
Sampai di kedai, Uncle Yeoh tanya pada Mat Rodi. "Semalam you carry mana punya amoi?"
"Mana ada Uncle" Mat Rodi menidakkan.

Uncle Yeoh senyum, sambil teruskan kerja-kerja tukar tayar.
Mat Rodi pon senyum, dia fikir Uncle Yeoh cuba berseloroh. Cuma dia tak tahu, setiap malam dia tidak pulang berseorangan.

#cerpu2016 #MatRodi

Friday, October 24, 2014

Aslan 4KG

Aslan pada 19 Oktober 2014
4kg
Jantan
Picture By Soleh Musa

Sunday, September 28, 2014

Wish List


Senarai buku tulisan Nami Cob Nobbler, sesuai untuk mereka yang gemarkan kelainan.

Sumber Lejen Press

Friday, August 15, 2014

Predator Marah


Isteri & anak selalu kata yang muka saya macam predator bila marah atau lapar. Saya dok perati, tapi tak nampak pon tang mana. Musykil jugak?!

Sumber foto : Nebezial Devianart

Thursday, August 14, 2014

Pelekat Kenderaan


Pelekat kenderaan USM bagi sidang akademik 2014/2015. Saiz pelekat agak besar dengan saiz 5x5 inci.