Thursday, February 26, 2009

Perginya seorang Hang Nadim

Hmmm.. dah hampir 10 bulan aku kat tempat kerja baru nih.. secara amnya.. kat sini ajar kita supaya lebih pro aktif.. Aku kenal bos aku pun hampir 10 bulan.. baru nak timba ilmu dari dia.. dah!!! dengaq crita nak kena tukaq ke tempat lain pulakk.. so.. kita tunggu ja la.. sapa yang nak ganti dia..??!!
kat sebelah ni la.. gambaq bos aku yang dikatakan nak tukaq tuh.. rasanya jadi kot tukaq.. lepas nih dah tak ada la bos yang belanja kami makan waktu OT.. to Mr HAH saya mewakili rakan-rakan "nakal" yang lain mengucapkan selamat maju jaya di tempat yang baru..terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang diberi selama ini..mohon maaf diatas salah dan silap & dihalalkan makan minum.. dan kalau ada rezki jadilah bos kami lagi.. beliau seorang yang agresif terhadap kerja, mempunyai idea2 bernas.. mungkin disebabkan itu beliau telah dimohon untuk membantu Jabatan lain.. mungkin pembesar-pembesar kat tempat aku nih nampak dia macam Hang Nadim, tu yang pemergian beliau tidak dikisahkan sangat oleh pembesar-pembesar kat sini.. so pada pembesar-pembesar sini.. jangan hampa kelam kabut nanti sudah.. kami semua kat sini berharap akan dapat bos yang baik juga macam Mr HAH..
jadi tinggallah kami semua ini kesepian dari bebelan seorang bos, kebosanan yang melampau dan macam-macam lagi.. kami ibarat anak kecil yang ditinggalkan.. hahahaha.. hidup aspiranians!

Wednesday, February 4, 2009

Aktiviti Mancing 1/2/09

Pada 1/2/09, pagi jam 8.30am aku & Mr Realvista telah menjalankan projek memancing di Gertak Sanggul, bertolak dari rumah aku jam 8.30am, berhenti pada perhentian pertama di Seven Eleven Batu Maung untuk membeli ais cube dan sedikit minuman.. Perhentian ke2, stesen minyak Kg Binjai untuk isi minyak.. Perhentian ke3, kedai kak Noor jual (Kat corner lepas kg Binjai, sebelum kampung Seronok) peralatan memancing.. Mr Realvista beli pin dan jut kali nih.. Punya banyak perhentian kali nih.. Pas tuh berhenti lagi, kat pasar basah/market Teluk Kumbar untuk beli umpan.. Pastu kami meneruskan perjalanan ke port memancing..

Nah.. kat atas nih sebahagian daripada pemandangan port mancing tuh.. Suasana tenang.. Banyak bot-bot nelayan yang menjalankan aktiviti memukat.. Dan kali nih banyak juga kaki pancing yang hadir.. Biasala hari minggu.. Tapi cuaca kali nih panas terik.. Mungkin di sebabkan oleh musim kemarau kot.. Mr Realvista mendapat tangkapan pertama, kerapu.. Walaupun umpan kerap dimamah ikan, namun hasil kali ini kurang memuaskan.. Tapi kami tetap bersyukur.. Alhamdulillah..
Kat atas nih sebahagian daripada hasil tangkapan kami, kerapu.. anak tanda & ikan duri.. Kami berangkat pulang sekitar jam 5.10pm.. sampai kat rumah aku sekitar jam 6.15pm.. Kami pergi dengan menaiki moto.. So, setakat nih dulu.. kita jumpa lagi lain kali..

Friday, January 9, 2009

U11 Yang Mencabar!

Salam suma.. semlm dah jadi sejarah.. betul2 sejarah.. mcm rancangan RTM dulu, hari ini dlm sejarah.. isk isk isk.. aku adalah sorang driver yg kurang cekap bawa keta manual.. ha ha ha.. Kawan2 aku pun pening, terutamanya Mr realvista, yg slalu kutuk aku kaw kaw punya.. Camna aku bleh dapat lesen memandu.. Semlm 1st time aku bawa keta manual tuh ke tempat keja.. Nissan Bluebird (u11) 1987.. Cabaran bermula seawal jam 7pg, dulu takpa la.. aku & wife saja.. boleh naik moto.. tapi sekarang dah ber3 beb, kesian kat anak, berhujan panas.. atas nasihat ibu bapa, kakak2, abg2 & rakan2.. aku pun bawa la keta manual tuh.. pencapaian semlm.. Enjin mati cuma 1 kali shj, ha ha ha.. tu pun masa nak keluar dari parking.. gear 2 bro.. mana nak ada pickup.. kena plak yg bawa, aku!(yg x cekap).. Tulah dulu asyik bawa keta auto ja.. mana nak ada kecekapan.. x pa aku akan bawa sampai aku cekap! hahaha...

inilah keta yang telah mencabar aku! hehehehe.....

ini bukan "burung" yang jinak!!!

walaupun aku sorang driver yang tak cekap, gambar diatas bukanlah hasil kerja aku.. Ianya hasil kerja individu yang tak bertanggungjawab, Mr pelingkup barang (hang kata, hang tera..), dah berbulan2 cari spare part nih.. tapi tak jumpa2 gak.. almaklumlah.. kereta tahun 80an.. mana ada banyak dah.. nak order dari Jepun! boleh... bumper + lampu = RM 2K bro... perhggggg!!!! Mr pelingkup barang plak, buat bodoh jeeeee.....Gua BENGANG SAMA LU MR PELINGKUP BARANG!

Monday, January 5, 2009

Selamat Pagi Cikgu!

Selamat masuk kealam persekolahan buat adik2 semua.. terutamanya anak sedara aku yang memulakan hari persekolahan pertama (secara rasminya) di Sekolah Kebangsaan Bkt Gambir.. & tidak lupa juga buat semua adik2 yang lain..Selamat memulakan langkah pertama dalam mencapai cita2..Aku doakan anda semua berjaya! SELAMAT PAGI CIKGU! :-)

Friday, January 2, 2009

Masuk Bengkel

Tahun 2008 memang penuh ngan aktiviti.. ni adalah salah satu aktiviti aku ngan jabatan aku.. jabatan aku menganjurkan bengkel 2hari 1 mlm utk kami membincangkan hala tuju & memantapkan lagi jentera operasi bagi kepuasan pelanggan..
Bengkel nih ambil tempat di Bayview Beach Hotel..



Acara makan2, kena makan la.. tak mkan mana nak mai tenaga untuk berpikir nanti..heh!





Antara peserta2 yang gigih dalam menjayakan bengkel ini..

aktiviti makan lagi! biasala.. dah penat berpikir.. kena la makan utk ganti tenaga yg hilang waktu berpikir tuh..


antara meja2 bertuah, :P...

Dah kluar dari bengkel ni harap2 jentera operasi Jabatan ni lebih mantap lagi..