Tuesday, June 8, 2010

@ Ekspo Seberang Jaya, P. Pinang

                            (p/s: klik kat pic utk paparan yang lebih jelas)
              Last Friday, lepas solat Jumaat dapat call dari Abg Azhar (AA), dia ajak join berniaga kat Tapak Ekspo Seberang Jaya. Kawan dia sponsor tapak/ kiosk/ kedai kat situ. Aku set dengan partner aku depa kata ok. Malam tu juga kami kesana untuk tengok kedai & ambil kunci. Aku, AA, Adie & Abg Razak S bertolak dari Halalan Toyiba Gelugor ke kedai motorsport custom BERG. Brader BERG ni la yg jemput kami berniaga kat sana. Thank you very much brader BERG :D Lepas tengok kedai, kemas sikit-sikit. Penganjur ekspo nih blanja kami semua makan kat En Hamid Gulai Kawah batang pisang. Perrrggghhh! Sedap!!! So, on Saturday noon aku n AA bawa barang masuk. Set up sikit-sikit, pastu kami balik dulu, petang pi balik. Penat!? Bleh tahan la. 

Still alive!!! :D
              Actually lot yang ditaja nih untuk pameran motosikal berkuasa tinggi, custom, antik dan lain-lain. Apa yang kami jual? tak kan nak jual ubat sakit urat kot. So, aku dengan kawan-kawan pilih untuk jual pakaian bundle. Heh! Syok juga meniaga bundle nih. Macam-macam gelagat customer yang boleh jumpa. Dan juga anda boleh memperolehi cermin mata polarized dengan harga yang lebih murah dari pasaran dan rekabentuk yang terkini. Ekspo ni berlangsung dari 5 hingga 13 Jun 2010. So, pada yang ada masa tuh singgah-singgah lah disana, dan jangan segan untuk berkunjung ke gerai kami.
           Bagi memanaskan tapak/ kiosk/ kedaikat situ yang sememangnya panas dan berkuap. Ada juga acara dance ala-ala showdown. Memang free style dancer tuh berbakat & boleh masuk competition kalau depa nak.
Seronok bebudak & bapa budak tengok :D
It's showdown time!!!

Kat atas nih gambar Brader Pali ngan anaknya. Skali tengok mcm Paul Sr ngan Paul Jr American Choppers tuh. :P

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih CIKGU :)

Mak Chaq (Guru tadika 89-90 @ Kg Bkt Payong, Kedah)
Cikgu Haron ( SKBP 91-96)
Cikgu Abdullah (SKBP 91-96)
Cikgu Najib (SKBP 91-96)
Sir Fahmi (SKBP 91-96)
Cikgu Norjan (SKBP 91-96)
Ustaz Wan (SKBP 91-96)
 Cikgu Ahmad Salleh (SMKDSO 97)
Cikgu Cheah (SMKHZA 97-00)
Cikgu Lee Lay Wah (SMKHZA 97-00)
Cikgu Rosmawati Sadri (SMKHZA 97-00)
Cikgu Foo (SMKHZA 97-00)
 Cikgu Lee (SMKHZA 97-00)
Ustaz Marzuki (SMKHZA 97-00)
 Ustaz Suhaimi (SMKHZA 97-00)
Cikdu Umi (SMKHZA 97-00)
Cikgu Khamidatul Khurtubiah(SMKHZA 97-00)
 Cikgu Ng (SMKHZA 97-00)
Cikgu Chan (SMKHZA 97-00)
Allahyarham Cikgu Abdul Rahman (SMKHZA 97-00)
Allahyarham Cikgu Noor Au (SMKHZA 97-00)
Cikgu Khoo (SMKAM 01-02)
Cikgu Anawiyah (SMKAM 01-02)
Cikgu Shukor (SMKAM 01-02)
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh dunia, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar & membimbing kami, walaupun terkadang terlupa nama, tetapi jasa & pengorbanan tetap di ingati. TERIMA KASIH CIKGU!!! :D

Monday, May 10, 2010

Ustaz Shamsuri @ Penang Island May 2010

Assamualaikum w.b.t
Berikut adalah jadual Kuliah Bulanan Ustaz Shamsuri di Pulau Pinang (Bahagian Pulau):-

Masa                                         Tarikh                    Tempat
Lepas Solat Maghrib     11 May 2010       Masjid Jamek Jelutong

Lepas Solat Maghrib     17 May 2010      Masjid At-Taqwa(Tmn Tun Sardon)

Lepas Solat Maghrib     24 May 2010     Masjid Negeri Pulau Pinang

Dijemput semua muslimin & muslimat. Jom pakat-pakat pi. Insyaallah.. ('',)
p/s: Sekiranya Tuan/Puan mempunyai maklumat mengenai perubahan tarikh/masa/penundaan kuliah diatas harap dapat dikongsi dengan meninggalkan maklumat tersebut di ruangan 'komen'. Terima kasih.

Friday, April 30, 2010

Jgn Guna Headphone Masa Me-ngai!


BIG CATCH MOVIE from Moles Merlo on Vimeo.
 Ha ha ha... amacam Mr Vista? Hang slalu tidoq ja time mancing...

Thursday, April 22, 2010

Makan

Makan, yup maaakan! selalu juga kita sembang dengan kawan-kawan pasal makan-makan kat Office, "Nie Ucop, opis aku buat makan-makan la harini, tapi depa tak jemput hang pon, aku nak bagitau jaa" lebih kurang macam tu la. Baru-baru ni, opis aku pon buat jugak, depa tak jemput sapa-sapa pon, kira majlis makan tertutup la.Menu hari tuh...
Nasi Arab... Pak Arab makan nasi ngan sambal belacan? Depa kata sepatutnya makan ngan sup kambing. Mungkin budget tak cukup kot, kambing kan mahal. Takpa kita makan ja, Nasi dia sedap juga, sampai bertambah aku makan ha ha ha... Menu-menu lain..
 Habok-habok pon ada, ini favourite aku... depa makan 2-3 kali suap, aku makan sekali suap ja... p/s: kuihnya kecik ja, atau mulut aku yang besaq! ha ha ha..

Tersusun rapi sebelum diserbu oleh batalion yang sedang laparrr... Bagus juga buat plastic container macam ni, boleh recycle, aku buat ice cube, simpan dalam fridge office. Mana tau kot-kot berguna untuk emergency.
 Inilah sebahagian dari batalion yang sedang laparrr tu. he he he.. Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang!

 Dari kiri: K. Dayah, K. Ida & Lyn 
Di majlis tersebut TPK kami mengumumkan nama-nama yang telah berjaya memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang, kat unit kami, K. Dayah telah berjaya, Tahniah K. Dayah. Kejayaan Kak Inspirasi kami. :D
 Bila ada cerita seronok ada juga berita sedih. K. Ida akan meninggalkan kami dan kembali semula ke Kampus Kejuruteraan. Lyn pulak akan berkhidmat di Bahagian lain. Apapon aku mewakilkan diri aku untuk semua rakan-rakan di bahagian ini agar anda berdua terus cemerlang, gemilang & terbilang! Selamat maju jaya.