Assalamualaikum & salam sejahtera, dicuti raya yang panjang nie aku & family planning untuk berkelah dipantai berhampiran Teluk Bahang. Setakat ini, seramai 10 orang individu telah mengesahkan kehadiran mereka. Selain aktiviti bermain pasir, mandi dan sebagainya aku mengambil kesempatan ni untuk memancing. Memancing sekadar seronok-seronok saja. Mana tau kot-kot boleh dapat ikan semilang 2KG ka :D
Ok, kat atas ni picture ehsan dari en. Google, Garisan warna hijau tuh kawasan pantai yg dirancang untuk berkelah, bulatan warna oren tuh kawasan meletak kenderaan. bulatan bujur warna biru pula Hotel Mutiara Beach Resort yang belum siap-siap direnovate.
Sekiranya anda datang dari Jambatan Pulau Pinang, kat bawah ni laluan yg dicadang oleh En Google Maps kepada anda, masa perjalanan dengan menaiki kereta sekitar 45min (Bergantung kepada trafik lancar ataupun tidak). Sekiranya anda sesat di Pulau Pinang, jangan risau. Anda tidak akan sesat hingga ke sempadan Siam ataupun Laut China Selatan. Ringankan mulut untuk bertanya, dan tanyalah baik-baik :)
|
Route to Pantai Teluk Bahang |
Selain daripada penyediaan makan minum & peralatan, aku juga telah semak jadual pasang surut air dan juga cuaca pada hari tersebut. Anda juga boleh semak kat
SINI. Kat bawah adalah keputusannya.
|
Jadual pasang surut air |
|
Cuaca baeekkk :) |
Ok, akhir sekali ingatlah kita hanya merancang, Allah Yang Menentukan.
No comments:
Post a Comment